KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday 1 July 2012

Apple Siri Tumpas Pada Google Voice Search

Walaupun sokongan carian suara tidak digunakan dengan meluas oleh para pengguna, namun ia merupakan salah satu fungsi yang menarik hati ramai pengguna apabila ingin memilih peranti. Dan kini, sekiranya anda ingin membeli peranti baru disebabkan fungsi ini, mungkin anda ingin membeli peranti Android 4.1 Jelly Bean, berbanding iPhone 4S.

Apple telah pun memperkenalkan Siri pada tahun lepas, dan sejak daripada itu, ia menewaskan pelbagai aplikasi lain, termasuk S-Voice pada Galaxy S3 sebelum ini. Namun, apabila dibandingkan dengan Google Voice Search, ia kelihatan Siri tewas, apatah lagi Google membawakan pembacaan suara yang lebih neutral berbanding Siri yang kelihatan seperti robot.

Sokongan Voice Search ini diumumkan oleh Google semalam pada acara Google I/O, membawakan fungsi sokongan carian berasaskan suara. Untuk memperlihatkan data padanya, Google menggunakan Knowledge Graph yang diperkenalkan oleh mereka sebelum ini, dan memaparkannya dengan menarik pada Jelly Bean.

Jadi, apa kata anda berkenaan Siri dan Google Voice Search ini?

Selamat Ulang-Tahun Ke-Lima, iPhone



Pada 29 Jun 2007 yang lepas, Apple secara rasminya telah pun mulakan jualan telefon pintar mereka, yang mana secara tidak langsung telah membawa kepada pelbagai perubahan pada arena telekomunikasi hari ini. Sejak diperkenalkan pada Macworld, pelbagai perubahan telah berlaku pada arena telefon pintar seluruh dunia.

Sejak dilancarkan, ia telah menjadi salah satu fenomena yang hangat diperkatakan, dimana pada setiap tahun, ramai yang menantikan kemaskini peranti tersebut. Pada tahun ini, setelah lima tahun, Apple bakal mengumumkan peranti mereka dengan iOS 6 yang bakal membawakan peta 3D yang dibina oleh Apple, selain ura-ura awal yang mengatakan ia akan membawakan perubahan rekabentuk, serta sokongan NFC dan sebagainya.



Sumber infografik : VouchereCodes.

Flash Tidak Akan Disokong Bermula Daripada Android 4.1 Jelly Bean



Hari ini, pihak Adobe telah pun mengesahkan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong Adobe Flash untuk Android, bermula daripada Jelly Bean ini, disamping pada masa yang sama mengatakan mereka akan menghentikan pemasangan Flash yang baru melalui Google Play bermula daripada 15 Ogos kelak.

Walaubagaimanapun, Adobe mengatakan mereka akan terus mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk para pengguna sedia ada, dan mereka yang masih ingin menggunakan Adobe Flash mungkin perlu bergantung kepada versi lama, dan mendapatkannya daripada sumber berbeza selain daripada Google Play Store.

Dan mungkin bermula daripada pengumuman ini, lebih ramai pembangun yang bergantung kepada Flash akan beralih kepada sokongan HTML5 dalam memastikan aplikasi mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

(Video) Kisah Pelayar Web Google Chrome

Google Chrome, pelayar web Google sejak dilancarkan pada September 2008, telah melalui pelbagai fasa pembangunan, dimana kini pada saluran stabil, versi paling terkini adalah Google Chrome 20. Sejak diperkenalkan, kini Chrome bukan sahaja boleh didapati pada Windows, Linux dan Mac, tetapi turut sama pada Android dan juga iOS.


Hari ini, Google mengumumkan, Chrome mempunyai lebih daripada 310 juta pengguna seluruh dunia, sekaligus meletakkannya dihadapan, mengalahkan pelbagai pelayar web yang lain, walaupun memasuki arena industri pelayar web agak lewat berbanding yang lain.

Pelayar Web Chrome Kini Mempunyai 310 Juta Pengguna – Paling Popular Didunia



Angka pengguna Google Chrome nampaknya meningkat dengan drastik, dimana kini Google mengumumkan mereka mempunyai lebih 310 juta pengguna seluruh dunia, sekaligus menjadikan ia pelayar web paling popular di dunia pada hari ini.



Apa yang menariknya mengenai pencapaian oleh Google ini adalah dimana ia menyertai arena pelayar web agak lewat berbanding pesaing lain, dan pada hari ini, sejak dilancarkan pada tahun 2008 yang lepas.

Hari ini, Chrome bukan hanya ditawarkan pada desktop, tetapi turut didatangkan pada peranti mudah-alih, selain turut didatangkan dalam bentuk sistem operasi, dinamakan Chrome OS.

Sergey Brin Mensasarkan Google Glass Untuk Umum Sekitar Tahun 2014



Selama dua hari berturut-turut, pada acara Google I/O, Google memperlihatkan Google Glass, yang mana seperti semua sedia ketahui merupakan kaca mata dengan sokongan pintar terbina padanya. Dan melalui sebuah temuramah, Sergey Brin mengatakan mereka mensasarkan untuk melancarkannya kepada umum sekitar tahun 2014 kelak.



Semalam, Google telah pun mula menawarkannya dalam bentuk pra-tempahan untuk para pembangun pada harga $1,500. Seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat awal, dan Google mensasarkan ia dihantar kepada para pembangun yang membuat tempahan, sekitar tahun hadapan. Semestinya, pembangun terawal yang menerimanya boleh membangunkan aplikasi khas untuknya, sekaligus mendapatkan pasaran pengguna yang tinggi apabila peranti tersebut dilancarkan kelak.

Selain daripada sokongan kamera, dan integrasi Google+ Hangout, tiada sebarang fungsi lain yang didemonstrasikan buat masa ini. Mungkin lebih banyak fungsi akan diperlihatkan dari semasa ke semasa, dan dengan tarikh pelancaran pada sekitar 2014 kelak, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak pengumuman berkaitan dengannya pada Google I/O tahun hadapan.


Versi Pembangunan Awal Jelly Bean Untuk Galaxy S3 Sedia Dicuba


                       




Selepas semalam kita dapat lihat versi pembangunan Jelly Bean untuk peranti HTC One X, kini pembangun bebas turut hadir dengan versi pembangunan Android 4.1 Jelly Bean untuk para pengguna Samsung Galaxy S3. Namun, seperti biasa, ia masih pada peringkat awal buat masa ini.

Pembangunnya mengatakan yang mana ia dibangunkan berdasarkan kepada apa yang terdapat pada Galaxy Nexus dan juga diubah suai sedikit daripada kernel CyanogenMod 9.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, pelbagai perkara masih tidak dapat digunakan sepenuhnya, seperti WiFi, NFC, Audio, Kamera dan pelbagai fungsi yang lain. Namun, perkara ini mungkin akan diatasi dari hari ke hari secara berperingkat oleh pembangun tersebut.

Sekiranya anda menggunakan Samsung Galaxy S3, mungkin anda turut sama bolehmerujuk ke laman XDA Developers, dan mengujinya sendiri daripada fail yang disediakan oleh pembangun tersebut.

Peranti BlackBerry 10 Ditangguhkan – Ingin Menggunakan Windows Phone?



Nampaknya Research In Motion terus menghadapi masalah demi masalah, dimana kiniReuters melaporkan yang mana kini RIM menangguhkan pelancaran BlackBerry 10 kepada tahun hadapan, mengambil masa lebih setahun daripada apa yang disasarkan sebelum ini.

Perkara ini dikatakan dimana berkait rapat dengan pembangunan sistem operasi terbaru mereka yang mengambil masa lebih lama daripada apa yang dirancang sebelum ini.

Lanjutan daripada ini, Reuters mengatakan yang mana salah satu pilihan RIM adalah untuk menghentikan pembangunan sistem operasi mereka, dan memilih Windows 8 bersama peranti mereka. Sekiranya ini merupakan salah satu pilihan, mungkin kita akan dapat melihat RIM dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sebelum ini.

Sekiranya benar RIM menggunakan platform daripada Microsoft, mungkin kita akan dapat melihat kerjasama eksklusif seumpama yang diperolehi oleh Nokia, membolehkan RIM masih menawarkan beberapa aplikasi mereka secara eksklusif untuk pengguna mereka.

Buat masa ini, RIM masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News