KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Thursday 29 March 2012

[MALAY] Echelon Satellite 2012 Tiada Di Malaysia, Kenapa?



Echelon kelolaan E27 merupakan salah satu acara tahunan berkaitan startup yang berprestij di Singapura dan akan diadakan pada 11 & 12 Jun 2012. Acara ini membawakan ramai pakar-pakar industri internet dan web untuk berkongsi ilmu dan juga pada masa yang sama, menyediakan platform untuk syarikat baru memperkenalkan produk mereka. Dan pada tahun lepas terdapat acara Echelon Satellite Kuala Lumpur dimana syarikat start-up tempatan bertanding untuk mewakili Malaysia didalam Echelon 2011 dan berentap dengan syarikat dari negara lain.

Pada tahun lepas juga krew kami telah menghadiri acara tersebut di Singapura dan telahmembuat liputan langsung mengenainya. Kami juga telah merakamkan sesi pertandingan mereka dan dimuatnaikkan pada halaman video Facebook kami.

Namun begitu, untuk tahun ini, kami tidak pasti kenapa acara Echelon Satellite tidak diadakan di Malaysia berdasarkan senarai acara Echeclon Satellite dibawah.



Selain Malaysia, Hong Kong juga tidak tersenarai pada tahun ini. Mohan Belani, pengarah E27.sg menyatakan di Entrepreneurs.MY sebab tiada acara Echelon Satellite di Malaysia adalah kerana pihak E27 ingin memperkenalkan acara ini ke negara lain. Selain Indonesia, negara-negara yang lain didalam senarai diatas merupakan negara yang baru menyertai pertandingan ini.

Menariknya, komen-komen yang diberikan di Entrepreneurs.MY adalah kritikal dan menyatakan seolah-olah Malaysia dipandang enteng berbanding negara lain dikawasan Asia Tenggara ini didalam dunia Web Startup.

Apa pendapat anda?

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News