KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday 18 March 2012

[MALAY] Pandang Pertama : Samsung Galaxy Beam – Telefon Pintar Dengan Projektor

Samsung Galaxy Beam telah diumumkan oleh pihak Samsung pada penghujung Februari yang lepas, dimana menyertakan sokongan projektor terbina padanya, dan dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread. Ia disasarkan untuk pelancaran pada suku tahun kedua tahun ini, sekitar bulan Mei atau Jun di Malaysia.





Pada acara Samsung Forum 2012 yang diadakan di Bangkok hari ini, kami telah mendapat peluang untuk mencuba dan menggunakan peranti ini untuk beberapa minit.

Secara kasarnya, Galaxy Beam merupakan salah satu peranti pintar yang lain, cuma didatangkan bersama-sama dengan sokongan projektor terbina padanya. Untuk menjayakan perkara ini, Galaxy Beam didatangkan dengan dua aplikasi terbina padanya, dinamakan Projector dan juga Torch Light.







Melalui sokongan projektor terbina padanya, ia membawakan gambar yang jelas, membolehkan anda menikmati kandungan multimedia dengan paparan yang lebih besar lagi. Ia juga turut sama boleh digunakan untuk mempersembahkan atau membentangkan sesuatu dokumen kepada umum dengan mudah, dan tidak lagi perlukan anda membawa projektor yang besar dan mencari palang plug untuk menggunakannya.

Dari segi penggunaan bateri, perkara ini diatasi oleh pihak Samsung dengan menyertakan bateri berkapasiti tinggi, iaitu 2000mAh padanya. Secara asasnya, para pengguna hanya perlu aktifkan aplikasi projektor tersebut, dan seterusnya membuka aplikasi yang diinginkan oleh mereka untuk dipaparkan kepada umum.

Selain daripada itu, ia menyertakan sokongan automatik untuk paparan, dimana persembahan melalui projektor diperlihatkan secara melintang atau menegak secara automatik. Namun, perkara ini masih boleh dikawal secara manual, dengan menetapkan sendiri apakah bentuk paparan yang diinginkan, samada secara menegak, melintang, ataupun secara automatik.



Galaxy Beam, selain boleh digunakan sebagai projektor, ia juga membawakan sokongan lampu suluh, dimana para pengguna boleh mengaktifkan aplikasi Torch Light ketika berada di tempat gelap, dan menikmati cahaya yang amat terang dibawakan olehnya.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News