KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday 6 March 2012

[MALAY] Facebook Messenger Untuk Windows Diperkenalkan Secara Rasmi



Facebook Messenger untuk Windowstelah pun diuji secara terbuka sebelum ini, membolehkan para pengguna Facebook mengikuti perkembangan pada Facebook melalui desktop mereka dengan mudah, disamping berbalas mesej dengan rakan-rakan mereka. Hari ini, Facebook secara rasminyamelancarkan aplikasi tersebut kepada semua pengguna Windows.

Melaluinya, anda boleh mendapatkan notifikasi berkenaan aktiviti di Facebook dengan lebih pantas, tanpa perlu membuka pelayar web lagi seperti sebelumnya. Aplikasi ini sebelum ini telah tersebar kepada umum, dan kemudiannya, Facebook mengambil langkah untuk memperkenalkannya sebagai versi ujian, dan hari ini versi stabil untuk aplikasi tersebut dilancarkan.

Secara kasarnya, tiada sebarang perubahan drastik kelihatan, dan mungkin Facebook lebih memfokuskan kepada untuk menyelesaikan masalah prestasi dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Facebook Messenger untuk Windows hari ini (bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua). Disamping itu, Facebook Messenger untuk platform OS X juga bakal menyusul, dengan versi Linux yang masih tidak diketahui samaada akan diperkenalkan ataupun tidak.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News