KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday 10 April 2012

[MALAY] Google Dalam Proses Mendapatkan Akhiran Domain Baru?



Sebelum ini, ICANN iaitu badan yang menjaga pendaftaran nama domain terkemuka telah pun mengumumkan yang mana merekatelah membuka pendaftaran untuk alamat domain yang baru, membolehkan syarikat besar dan organisasi mengambil peluang mendaftarkan nama domain yang lebih melambangkan syarikat mereka, dan berakhir dengan perkataan pilihan mereka, seperti .microsoft, .sun dan sebagainya.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh AdAge hari ini, ia dilaporkan Google merupakan salah satu syarikat yang sedang membida untuk beberapa nama domain TLD. Walaupun ia tidak diketahui apakah yang bakal dibeli oleh Google, spekulasi mengatakan antaranya adalah .google dan juga .youtube.

Mungkin kita juga boleh lihat Google membida untuk .blog, sekaligus menguntungkan para pengguna Blogger dibawah Google sekiranya benar. Untuk .youtube pula, ia akan menguntungkan jenama, membolehkan mereka membuat pautan langsung ke saluran YouTube dengan menggunakan alamat seperti www.amanz.youtube, www.malaysia.youtube dan sebagainya.

Namun seperti biasa, mungkin terdapat pelbagai syarikat lain yang turut membida untuk beberapa domain popular. Pada awal tahun ini, ia telah dikatakan yang mana untuk mendaftar domain seumpamanya akan melibatkan kos sekitar RM583000 untuk setiap pilihan gTLD.

Mungkinkah kita melihat syarikat besar daripada Malaysia, seperti Telekom Malaysia, Petronas, Media Prima dan sebagainya mendaftarkan sama akhiran domain pilihan mereka?

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News