KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 2 April 2012

[MALAY] Koleksi Idea Gila-Gila Daripada Google Untuk Tahun 2012



Seperti pada artikel sebelum ini, sepanjang hari ini, Google menyediakan beberapa lawak dari segi teknologi, yang mana memperlihatkan penggunaan teknologi pada tahap ekstrim ataupun yang tidak masuk akal. Selain daripada Google membuatnya pada beberapa produk antarabangsa, mereka juga turut memperkenalkan beberapa perkara mengikut negara.
Google Jepun

Google Jepun memperlihatkan sebuah video, dalam membolehkan para pengguna memudahkan memasukkan input dalam bahasa Jepun seumpama menggunakan kod Morse menggunakan space bar pada papan kekunci mereka, ataupun melalui sebuah produk khas.
Google Australia



Google telah pun memperkenalkan sokongan melihat gambar sekitar hutan Amazon, mahupun didalam lautan, dan kini mereka turut memasang kamera khas pada kanggaru di Australia membolehkan mereka merakamkan gambaran 360″ ketika kanggaru tersebut bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kamera tersebut dilengkapkan dengan sokongan panel solar, dan juga GPS, membolehkan mengetahui kedudukan kanggaru tersebut dan memuat-naik gambar di sesebuah lokasi, dan mengaksesnya melalui Street View.
Google China



Google China pula membangunkan salah satu gambaran melakukan carian dengan latar belakang seumpama laut, dimana setiap carian yang terhasil, tenggelam padanya, dan kotak carian yang terapung ke arah kiri dan kanan laman tersebut.
Google Auto-Car

Seperti sedia maklum, Google telah pun memperlihatkan kereta yang dipandu secara automatik. Dan melalui artikel khas hari ini, mereka turut memperlihatkan sokongan kereta dipandu automatik kepada perlumbaan Nascar. Jadi, adakah selepas ini kita akan melihat lebih kepada sokongan kereta berbanding dengan skill pemandu?


Optimasikan Laman Anda Untuk Telefon Rotary



Sehingga ke hari ini, kita hanya mendengar akan sokongan optimasi untuk telefon pintar sahaja. Tetapi bagaimanakah dengan sokongan untuk telefon-telefon rotary? Bagi para pembangun laman web, mungkin anda boleh merujuk kepada laman khas yang disediakan oleh Google untuk memulakan proses optimasi untuknya.
Ubah Cuaca Di Kawasan Anda

Melalui enjin carian Google, salah satu fungsi yang digunakan ramai adalah sokongan menyemak ramalan cuaca untuk sesuatu hari. Dan mungkin anda tidak mengemari cuaca pada sesuatu hari. Kini tiada masalah lagi untuknya, dimana anda dengan mudah boleh mengubah cuaca mengikut kegemaran anda, dan menjadikan hari anda lebih ceria lagi.


Google Fiber

Google seperti sedia maklum merupakan salah satu teknologi yang sangat mengagumkan dengan pelbagai idea yang kreatif dan menarik. Bersempena dengan hari ini, mereka turut sama memperlihatkan penyertaan mereka dalam industri makanan, dipanggil Google Fiber. Melaluinya, ia memberikan lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk badan, selain turut menerima maklumbalas terus melaluinya.


Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News