KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Wednesday 4 April 2012

[MALAY] Pandang Pertama – Aplikasi Instagram Untuk Android



Salah satu perkara yang agak hangat sepanjang hari ini adalah berkenaan dengan aplikasi Instagram yang dilancarkan secara rasminya untuk para pengguna Android, setelah sekian lama aplikasi tersebut hanya ditawarkan secara eksklusif untuk para pengguna iOS. Namun adakah ianya salah satu aplikasi yang amat baik, seperti mana popularitinya yang diperkatakan ramai?



Untuk yang tidak kenali akan aplikasi Instagram, ianya merupakan salah satu aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna iOS, membolehkan para pengguna menambah beberapa efek tambahan, disamping berkongsi pada laman-laman sosial yang lain dengan mudah terus melaluinya. Pada platform Android, Instagram menyokong untuk perkongsian gambar terus ke Twitter, Facebook, FourSquare dan juga Tumblr.

Bagi para pengguna Android, Instagram bukanlah satu-satunya aplikasi yang menawarkan fungsi sedemikian, tetapi terdapat beberapa aplikasi lain dengan fungsi yang lebih kurang sama. Namun, disebabkan oleh komuniti Instagram yang agak aktif, ia merupakan salah satu aplikasi yang dinantikan, walaupun beberapa aplikasi lain menawarkan lebih fleksibiliti.



Dari segi percubaan ringkas yang dilakukan kami mahupun rakan lain, ia kelihatan Instagram untuk Android tidak dioptimasikan dari segi penggunaan ruangan storan dan sebagainya. Aplikasi tersebut sendiri bersaiz sehingga lebih 12MB, dan setelah dipasang, ia memakan ruangan storan sebanyak 16MB. Namun, dari segi penggunaan kami sehingga artikel ini ditulis, aplikasi tersebut bergerak lancar, tanpa mengalami sebarang crash dan sebagainya. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah ketiadaan sokongan untuk memindahkan aplikasi tersebut ke kad-SD. Mungkin ia hanya akan diperkenalkan pada kemaskini akan datang kelak.



Secara kasarnya, ia menawarkan sebanyak 17 jenis efek berbeza, dan juga sokongan untuk merakamkan gambar terus daripada kamera, disamping kebolehan untuk memilih gambar yang telah sedia dirakamkan. Salah satu perkara yang diperasan juga adalah ianya tidak menyokong gambar yang bersaiz kecil padanya.

Selain daripada Instagram, untuk Android, beberapa aplikasi yang menawarkan fungsi serupa adalah termasuk Lightbox, MOLOME, myTubo, PicPlz dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Android 4.0 ICS juga turut sama menyertakan beberapa sokongan filter dan juga efek padanya, membolehkan para pengguna menambah sebarang efek tambahan tanpa perlu aplikasi tambahan. Setelah melihat semuanya, kami mendapati Instagram untuk Android tidak membawakan sebarang fungsi yang menarik buat masa ini, selain daripada komuniti yang gemarkan gambar (komuniti 500px atau Flickr menawarkan gambar berkualiti lebih baik).

Bagi anda yang telah mencuba Instagram untuk Android, apa kata anda mengenainya?

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News