KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Wednesday 4 April 2012

[MALAY] MPAA Ingin Mensasarkan Lebih Banyak Laman Perkongsian Fail



Perkara yang menimpa MegaUpload telah menjadi salah satu perkara yang mengejutkan ramai pengguna internet, disamping pada masa yang sama turut menjadikan ramai penyedia perkhidmatan sedemikian bimbang akan menjadi mangsa yang seterusnya. Dan kini, melalui laman CNet, ia diketahui lima lagi laman lain yang turut dibawah perhatian pihak berkuasa.



Selain daripada MegaUpload yang telah dimatikan buat masa ini, antara yang lain yang turut dibawah perhatian adalah WUpload, DepositFiles, Fileserver, MediaFire dan juga PutLocker. Menurut mereka, laman-laman ini menerima hampir 41 billion paparan untuk setiap setahun, salah satu angka yang amat tinggi sekali.

Setelah MegaUpload dikenakan tindakan pada awal tahun ini, beberapa laman lain telah mengubah cara tawaran mereka untuk perkhidmatan masing-masing, disamping beberapa penyedia yang mematikan sokongan perkongsian pada perkhidmatan mereka.

Namun begitu, tidak kurang juga dengan beberapa penyedia yang mengatakan mereka hanya menawarkan perkhidmatan storan seumpama Dropbox, Box.net dan lain-lain tidak melanggar undang-undang.

Selain daripada beberapa penyedia ini, di Malaysia, salah satu perkhidmatan yang baru dilancarkan dinamakan sebagai KongsiFile, menawarkan sokongan yang lebih kurang sama, membolehkan para pengguna berkongsi fail dengan yang lain dengan mudah.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News