KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 25 June 2012

Bagaimana Memuat-Turun Manga Ke Desktop Anda Dengan Mudah?



Terdapat puluhan laman web yang memudahkan para pengguna untuk membaca manga terus daripada web, seperti MangaReader, MangoFox dan sebagainya. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin memuat-turun manga tersebut untuk koleksi peribadi? Salah satu aplikasi yang memudahkan proses ini adalah HakuNeko.



HakuNeko adalah salah satu aplikasi untuk para pengguna Windows, yang mana membolehkan anda memuat-turun pelbagai manga daripada beberapa sumber, seperti MangaReader dan MangaFox dengan mudah.

Melaluinya, ia membawakan antaramuka yang amat ringkas dan senang digunakan. Para pengguna hanya perlu memilih sumber laman mereka, antara MangaReader atau MangaFox, dan kemudiannya membuat pilihan tajuk manga yang ingin dimuat-turun.

Sebaik sahaja memilih sesuatu tajuk, ia akan memaparkan episod yang terdapat pada manga tersebut. Untuk memuat-turun sesuatu episod itu, anda hanya perlu menandakannya, kemudian memilih direktori dimana ia akan disimpan, dan mulakan memuat-turun episod manga tersebut.



Daripada penggunaan kami, ia mengambil sedikit masa yang agak lama untuk memuat-turun berbanding kebiasaannya. Namun, proses untuk memuat-turunnya adalah amat mudah, disamping anda boleh melakukan perkara lain selepas menetapkan untuk memuat-turun sesuatu episod manga tersebut.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun HakuNeko untuk Windows, dan mencubanya sendiri hari ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News