KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday 19 February 2012

[MALAY] GTA3 Ditawarkan Pada Harga Hanya $0.99 Daripada AppStore



Grand Theft Auto boleh diperkatakan sebagai salah satu permainan popular, dimana hampir setiap peminat permainan video mengenalinya. Setelah ia diperkenalkan pada platform iOS dan juga Android sebelum ini, kini pembangunnya, Rockstar Games membolehkan lebih ramai memainkan permainan tersebut, dimana mereka menawarkan pada harga hanya $0.99 sahaja di AppStore.



Menurut Rockstar, ianya ditawarkan pada harga diskaun tersebut sehingga ke 20 Februari kelak. Namun ketika artikel ini ditulis, masih tiada sebarang promosi khas untuk pengguna Android.

Melalui Grand Theft Auto 3 yang dilancarkan pada platform iOS, ia membawakan grafik yang amat menarik, serta kualiti resolusi yang tinggi. Permainan tersebut juga dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti skrin sentuh, membolehkan para pengguna memainkannya tanpa sebarang masalah pada peranti mereka.

Jadi, sekiranya anda mempunyai iPhone 4, iPhone 4S, iPod Touch 4, iPad 1 atau iPad 2, anda boleh memuat-turunnya hari ini pada harga yang lebih murah. Dan kami cadangkan anda menyambungkannya melalui WiFi terlebih dahulu, memandangkan saiz failnya yang sebesar 462MB untuk dimuat-turun.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News