KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday, 26 November 2012

Adakah Facebook Bakal Mencabar Google Dalam Arena Pengiklanan Web?


   Bagi para pengguna Facebook, mungkin sedia maklum akan perbincangan mengenai perubahan pada polisi dan termamereka beberapa hari yang lepas, yang mana membawakan kepada salah satu perubahan besar, dimana Facebook bakal menggunakan data-data mengenai kesukaan anda untuk memperlihatkan iklan di luar Facebook.
Sebelum ini sendiri, Facebook telah memperlihatkan beberapa perkara seperti artikel yang dibaca rakan-rakan dan sebagainya, apabila kita melayari sesuatu laman dengan integrasi Facebook, dan sekiranya polisi terbaru ini diperkenalkan, ia akan memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh gergasi sosial tersebut dalam beberapa bulan lagi.
Iklan pada Instagram?Salah satu perkara yang mungkin kita akan dapat melihat adalah iklan daripada Facebook dipertontonkan pada Instagram. Seperti semua sedia maklum, Instagram merupakan salah satu produk yang dimiliki oleh Facebook, dan buat masa ini beberapa integrasi telah pun sedia dilakukan, termasuk apabila ingin menghantar sebarang aduan gambar, ia membawa kepada halaman di domain Facebook.
Dan dengan perubahan polisi ini, ia juga bakal membolehkan Facebook memaparkannya pada Instagram dengan mudah, sekaligus menawarkan lebih pilihan kepada para pengiklan. Tetapi, semestinya Facebook perlu mencari salah satu cara yang tidak begitu menganggu dan memberikan efek kepada komuniti Instagram yang selama ini telah menggunakan produk bebas iklan tersebut.
Buat masa ini, Facebook membenarkan pengiklanan mereka diintegrasikan pada aplikasi-aplikasi di laman Facebook, membolehkan mereka yang menghasilkan permainan atas-talian dan menggunakan platform Facebook menjana pendapatan tambahan, selain daripada Facebook Credit.
Pada masa yang sama, beberapa penganalisa juga turut mengatakan Facebook bakal turut memperkenalkan produk seumpama Google AdSense melalui enjin pengiklanan mereka. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah diperkatakan sejak penghujung tahun lepas, dan dengan perubahan polisi ini, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Industri pengiklanan bernilai berbilion ringgitFacebook, lebih kurang seperti Google, telah pun sedia mempunyai pelbagai jenis data, dan membolehkan mereka memperlihatkan iklan yang lebih peribadi kepada setiap pengguna di sebarang laman yang dilayari. Perkara ini semestinya akan mengembirakan ramai pengiklan, dan pada masa yang sama akan mengembirakan pelabur Facebook, dan menjana lebih pendapatan dibawah jenama Facebook.
Dan memandangkan Facebook telah sedia memperkenalkan OpenGraph dengan membolehkan aktiviti di laman web lain turut dipaparkan pada profil kita dan dikongsikan bersama rakan-rakan, semestinya integrasi ini pada pengiklanan di web ketiga akan menguntungkan para pengiklan sendiri, disamping pemilik web menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Google sendiri pada hari ini menjana berbilion ringgit melalui pengiklanan dan mungkin arena ini tidak akan terlepas pandang oleh Facebook. Namun, persoalannya kini adalah berapa lama Facebook akan mengambil, sebelum ia mencabar Google dalam arena pengiklanan.

Google Mempromosikan Inisiatif Internet Terbuka Dan Bebas


Arena internet merupakan salah satu perkara yang ingin dikawal oleh kebanyakkan kerajaan di dunia, dan untuk membincangkannya, pelbagai kerajaan dunia akan bertemu dalam sebuah perjumpaan khas pada 3 Disember ini.
Ia diperkatakan yang mana pada mesyuarat ITU (International Telecommunication Union) ini yang bakal diadakan di Dubai kelak, beberapa kerajaan akan meminta untuk internet lebih dikawal dan ditapis. Namun, untuk mengatasinya, kini Google mempromosikan sebuah inisiatif baru dinamakan sebagai Take Action, yang mana memfokuskan kepada arena internet yang terbuka dan bebas untuk semua.
Melalui sebuah halaman khas yang disediakan oleh Google, mereka berkongsiakan mengenai apakah yang boleh dilakukan oleh pengguna, disamping menyediakan info ringkas mengenai kesan daripadanya.
Salah satu perkara yang ditekankan adalah disebabkan hanya kerajaan sahaja yang mempunyai suara pada ITU, dan bukannya pengguna, yang mana lebih menggunakan internet dengan aktif. Disamping itu, disebabkan ITU lebih bersifat rahsia, maka perkara tersebut tidak digemari ramai.
Namun, seperti biasa, walaupun internet adalah salah satu tempat yang bebas dan terbuka, tetapi ia tetap perlu digunakan dengan had-had tertentu, dan tidak disalah gunakan dalam mencapai sesuatu tujuan.

AMD Mengumumkan AMD APU Siri-A Generasi Kedua Untuk Pasaran Malaysia


Pihak AMD Malaysia, kini secara rasminya telah pun mengumumkan cip pemprosesan generasi kedua untuk AMD APU Siri-A, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan mendapatkannya dalam beberapa variasi dengan harga permulaan RM200 sehingga RM5001, bergantung kepada pemprosesannya.
Menurut pihak AMD, ia merupakan antara cip pemprosesan APU yang menawarkan penggunaan teras dan kelajuan lebih tinggi, sekaligus menawarkan prestasi dan grafik lebih baik berbanding cip pemprosesan lain pada harga sama di pasaran.
AMD APU terbaru ini membawakan sokongan empat-teras (Piledriver) yang mana membawakan kelajuan sehingga 4.2GHz, menggunakan infrastruktur FM2 yang serba baru, serta sesuai dijalankan pada Windows 8 mahupun Windows 7.
  • Prestasi komput lebih dari 700 GFLOPS3.
  • Frekuensi maksimum sehingga 4.2 GHz
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dengan perisian AMD OverDrive™ menawarkan prestasi meningkatkan kelajuan ekstrem sehingga 6.5 GHz4.
  • Dengan CPU dan Teknologi Teras Turbo 3.0 Unit Pemprosesan Grafik (GPU) AMD
Pengguna APU baru ini juga akan mendapat akses kepada AMD AppZone yang diumumkan dan dilancarkan baru-baru ini, dan memuat-turun pelbagai jenis aplikasi dengan mudah melaluinya.

Monday, 19 November 2012

(Ura-Ura) Adakah Xbox 720 Bakal Kelihatan Seperti Ini?


Berbeza dengan dunia telefon pintar dan tablet, dunia pembangunan konsol mengambil masa yang agak lama, dan perkara ini menjadikan para pemain seluruh dunia ternanti-nanti akan kejutan daripada Microsoft mahupun Sony untuk konsol generasi baru mereka.
Sehingga kini, bagaimanakah ia akan kelihatan masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia tidak menghentikan untuk penerbit majalah Xbox World hadir dengan gambaran Xbox generasi akan datang, hasil daripada pelbagai laporan dan ura-ura yang kedengaran sebelum ini.
Daripada majalah tersebut, apa yang diperkatakan adalah termasuk Xbox generasi akan datang dengan nama kod “Durango” ini bakal menyertakan sokongan pemain cakera Blu-ray, memperkenalkan Kinect generasi kedua, selain turut didatangkan dengan cipset empat-teras (dengan 16 teras logikal) dan menggunakan memori sebanyak 8GB RAM.
Microsoft diperkatakan akan memperkenalkannya pada E3 di bulan Jun 2013.

RIM Mensasarkan Lebih 100,000 Aplikasi Untuk BlackBerry 10 Ketika Pelancaran


Research In Motion boleh dikatakan perhatian yang agak serius untuk para pembangun sejak daripada pengumuman BlackBerry 10 sebelum ini, selain menyediakan mereka dengan peranti prototaip ujian. Dan ini semua dijangka akan memberikan faedah kepada RIM, dengan mereka mensasarkan lebih 100,000 aplikasi bakal tersedia ketika pelancaran platform BlackBerry 10 kelak.
Ketika pengumuman di BlackBerry Jam baru-baru ini, mereka turut berkongsi beberapa nama besar yang bakal membangunkan permainan untuk platform mereka, termasuk Gameloft yang dijangka akan memperkenalkan lebih 11 permainan untuk BlackBerry 10.
Pada masa yang sama, RIM juga mensasarkan untuk menyediakan antara 200 hingga 400 aplikasi popular untuk sesuatu kategori, sekaligus memudahkan mereka yang ingin mendapatkan peranti BlackBerry 10 menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Bagaimana Menghalang Aplikasi Baru Daripada Di Pin Pada Skrin Windows 8?


Pada Windows 8, ia membawakan rekabentuk skrin permulaan yang baru, membolehkan anda mengakses pelbagai aplikasi kegemaran dengan mudah. Namun, setiap kali anda memasang aplikasi, ia ditambah dengan di “pin” padanya? Untuk mengatasinya, kini anda boleh mematikan sokongan tersebut dengan mudah.
Melalui perisian yang dinamakan sebagai AutoPin Controller, kini anda boleh mengunci sokongan pin pada skrin permulaan Windows 8, sekaligus mengelakkan daripada sebarang aplikasi ditambah secara automatik padanya.
Kemudian, sekiranya anda ingin memasang sebarang aplikasi dan menambahnya pada skrin permulaan, anda boleh nyah-kunci akannya, dan kemudiannya menambah ia pada skrin permulaan Windows 8 anda.
Aplikasi ini amat berguna bagi mereka yang gemar memasang dan mencuba pelbagai perisian ataupun program pada komputer mereka.
Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini, dan menggunakannya bersama-sama Windows 8 anda.

SpeakMe Bantu Membacakan Notifikasi Untuk Anda (Android)


Sokongan notifikasi pada Android boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik, dan kini untuk mereka yang sukar untuk menyemak setiap notifikasi, mungkin boleh memasang SpeakMe pada peranti, sekaligus membolehkan setiap notifikasi dibacakan untuk anda secara automatik.
SpeakMe membolehkan anda menetapkan membacakan notifikasi daripada aplikasi kegemaran anda, dan mematikan pembacaan untuk aplikasi yang tidak diingini. Sebagai contoh, anda boleh mengaktifkan ia membacakan notifikasi sekiranya menerima emel, dan hanya senyap ataupun berbunyi sekiranya menerima kemaskini daripada laman sosial.
Pengguna juga turut boleh menetapkan sama ada ia hanya membacakan nama aplikasi sahaja, ataupun kandungan sesuatu mesej secara menyeluruh. Fungsi ini mungkin agak berguna sekiranya anda sedang memandu dan sebagainya.
Bagi para pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

(Ura-Ura) Mac OS X 10.9 Akan Dikenali Sebagai LYNX?


Dengan pelancaran Mountain Lion tempoh hari, semestinya ramai yang ternanti-nanti akan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple melalui sistem operasi generasi baru mereka. Kini, ura-ura awal hadir mengenai nama sistem operasi generasi baru daripada Apple kelak.
Mengikut laporan daripada AppleScoop, ia diperkatakan OS X 10.9 kelak akan dikenali dengan nama Lynx, sekaligus menjangkakan ia akan diumumkan pada WWDC 2013 kelak.
Perkara ini tidak diketahui kesahihannya, namun, mengikut perbincangan ramai di Quora, ia kelihatan Lynx mungkin salah satu nama yang baik untuk OS X yang mana memfokuskan kepada integrasi internet dan perkomputeran awan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Apple mengenai sistem operasi generasi baru mereka kelak.

Sunday, 18 November 2012

Anonymous Mengodam Lebih 660 Laman Web Israel


Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan internet di kawasan terlibat, Anonymous telah pun mengumumkan akan melaksanakan OpIsrael, dan kini kelihatan ratusan laman web Israel digodam, selain alamat emel dan kata laluan yang turut ditiriskan ke arena internet.
Daripada akaun Twitter @YourAnonNews, antara perkembangan semasa yang dikongsikan, adalah termasuk berkenaan pangkalan data Bank of Jerusalem yang dipadam, selain laman web kementerian Israel.
Buat masa ini, pihak Anonymous masih lagi aktif mengodam web Israel, selain berkongsi pelbagai maklumat semasa melalui akaun Twitter mereka.
Ikuti akaun @YourAnonNews di Twitter

Pantau Penggunaan Komputer Anda Menggunakan Last Activity View


Kadang-kala, anda mungkin terpaksa meminjamkan komputer anda untuk digunakan oleh rakan atau ahli keluarga anda yang lain, yang mana mungkin anda ingin memantau apa yang dilakukan oleh mereka, seperti apakah aplikasi ataupun dokumen yang dibuka oleh mereka.
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna dan ditawarkan secara percuma adalah Last Activity View yang dibangunkan oleh NirSoft.
Antara aktiviti yang diperlihatkan oleh aplikasi ini adalah termasuk aplikasi .EXE yang dijalankan, dokumen yang dibuka, pemasangan perisian, membuka atau mematikan komputer, dan pelbagai aktiviti yang lain yang dijalankan pada komputer anda.
Secara ringkasnya, aplikasi Last Activity View ini mengumpulkan data daripada beberapa lokasi di komputer anda, termasuk daripada Registry, folder Prefetch, Event Log, dan beberapa tempat lain lagi.
Bagi mereka yang menggunakan komputer yang dikongsikan beramai, ia mungkin salah satu perisian yang amat berguna, memandangkan anda boleh melihat perisian apakah yang dipasang pada masa bila, dan membuat troubleshoot untuk komputer dengan mudah.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News