KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
Terdapat beberapa jam tangan pintar di pasaran pada hari ini, yang mana menghubungkan pengguna dengan telefon pintar mereka, membolehkan mereka mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah. Melalui ura-ura terkini, ia kelihatan Apple turut sama akan menyertai industri ini tidak lama lagi.
Mengikut ura-ura yang kedengaran hari ini, ia dikatakan Apple dalam proses membangunkan telefon pintar mereka yang akan boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti Apple melalui sokongan Bluetooth. Daripada apa yang dikongsikan, Apple dikatakan bekerjasama dengan Intel untuk membangunkan jam tangan pintar dengan paparan bersaiz 1.5-inci PMOLED.
Sebelum ini, ramai peminat Apple menggunakan iPod Nano yang disambungkan dengan tali tambahan khas untuk digunakan sebagai jam tangan. Namun, melalui kemaskini terbaru Apple untuk keluarga iPod Nano, ia menjadikan perkara ini mustahil.
Pada hari ini sendiri, ramai pengguna yang bergantung kepada telefon pintar masing-masing dalam melihat waktu semasa. Adakah jam tangan daripada Apple ini kelak akan mendapat perhatian ramai, ataupun hadir dengan sesuatu yang bakal merevolusikan industri?
Setelah menguji untuk beberapa hari dalam bentuk beta tertutup tidak lama sebelum ini, kini nampaknya pihak penyedia pelayan tempatan telah bersedia, dan kini membuka Ragnarok Online 2 kepada umum dalam bentuk beta terbuka.
Buat masa ini, ketika artikel ini ditulis, pelayan mereka ditutup sementara disebabkan penerimaan trafik dan penyertaan pemain yang agak tinggi.
Walaubagaimanapun, ia mungkin akan kembali seperti biasa tidak lama lagi, dan sementara menantikannya, para pengguna boleh memuat-turun klien permainannya, secara percuma daripada pelbagai pautan rasmi mereka.
Ragnarok Online 2 membawakan kembali permainan yang popular pada suatu ketika dahulu dengan pelbagai pembaharuan dan bentuk permainan 3D padanya.
Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.
IP – Internet Protocol
IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).
Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.
Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.
Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.
Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.
Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.
DNS
DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Amanz, maka saya akan mencari Amanz di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.
Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.
Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).
DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.
DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.
Packet
Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.
Ping Time
Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.
Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.
Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.
….
Diharapkan istilah-istilah yang dikongsikan ini memberikan idea bagaimana ia berfungsi di arena internet dan teknologi pada hari ini.
Artikel dikongsi oleh Pradeesh, khas untuk pembaca Amanz. Beliau boleh dihubungimelalui Twitter di @Prasys ataupun anda turut boleh mengikuti perkongsian peribadi beliau di laman blog Prasys.info
Pelancaran peranti Nexus 4 adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai. Ketika kami hubungi pihak LG, mereka mengatakan ia akan hadir pada bulan Januari, dan kini, stringfellowmelalui forum Lowyat, berkongsi beberapa info berkenaan dengannya.
Daripada apa yang dikongsikan, LG Nexus 4 dikatakan akan dilaporkan seawal 7 atau 8 Januari 2013 kelak, dan akan ditawarkan pada harga RM1599 untuk versi 16GB. Beliau turut berkongsi akan gambar daripada kedai Hotspot yang telah mula akan pra-tempahan untuknya.
Turut dikongsikan adalah dikatakan DiGi bakal turut menawarkan peranti tersebut, dimana seperti biasa, melalui pakej telekomunikasi, kita akan dapat melihat harga peranti yang lebih murah untuk komitmen bulanan. Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak LG yang mungkin kita akan ketahui tidak lama lagi.
LG Nexus 4 merupakan peranti dengan sokongan rasmi daripada Google, membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×768 pixel (320PPI), cip pemprosesan Qualomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean padanya.
Pada hari ini, untuk membuat laporan polis agak memakan masa disebabkan keperluan pengguna untuk hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan dan sebagainya. Namun, segalanya akan berubah pada tahun hadapan.
Menurut PDRM, mereka kini dalam peringkat akhir persediaan untuk memperkenalkan portal laporan atas-talian, sekaligus memudahkan para pengguna seluruh Malaysia dengan mudah dan pantas membuat laporan kepada pihak polis dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Daripada apa yang dikongsikan, portal tersebut sedang dibangunkan oleh MAMPU dan dijangka akan dapat digunakan bermula tahun hadapan.
Perkara ini juga dijangka akan menjadikan para pengguna tempatan lebih yakin dan berani dalam melakukan laporan salah laku kepada pihak berkuasa, apatah lagi dengan keperluan tidak perlu hadir ke balai polis dan sebagainya.
Apple mahu mendominasi pasaran smartphone dengan ‘membunuh’ potensi Android untuk berkembang maju dengan lebih pesat. Apple ada harapan untuk menang kerana Apple terlebih dahulu telah mempatenkan fungsi multi touch (U.S. Patent No. 7,479,949) dan mana-mana pengeluar smartphone yang Apple lihat menampilkan fungsi itu pada telefon keluara mereka tanpa kebenaran Apple terlebih dahulu, maknanya pengeluar tersebut didapati meniru paten Apple lalu mereka boleh disaman atas dakwaan peniruan hak cipta. Inilah yang berlaku kepada smartphone Samsung.
Pada tahun 2005, Apple telah membeli FingerWorks, sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan (research and development) memfokus kepada penciptaan skrin berbagai sentuhan (multi-touch gestures), melalui penggunaan teknologi ini, Apple memperkenalkan iPhone (generasi pertama) pada tahun 2007.
Kesan dari populariti iPhone, jenama lain mula mengeluarkan telefon pintar dengan skrin multi sentuh buatan mereka sendiri, apabila Android mula popular pada 2008, Apple jadi tidak senang duduk hingga bertindak menyaman Samsung serta syarikat lain (seperti Motorola) untuk mengelak pesaingnya mengalahkan populariti iPhone. Perbalahan itu masih berlaku sehingga kini.
Apple dilihat tamak, dari prespektif Apple pula, Android dilhat meniru produk ciptaan Apple lalu menganggap Android hanya produk saduran, Steve Jobs sendiri bersumpah akan menentang kewujudan Android habis-habisan ketika beliau masih hidup. Legasi perjuangannya mentang Android diteruskan hingga ke hari ini.
Jika Apple menang dalam kes tersebut, ia bermakna Android, Google, Samsung, Motorola, Sony, HTC dan belasan syarikat pengeluar smartphone Android lain boleh gulung tikar kerana tiada hak sah dari segi undang-undang untuk terus menjual telefon bimbit Android.
Ia merupakan pengakhiran kepada perisian sumber terbuka bernama Android yang selama ini memberi manfaat kepada berbillion pengguna di seluruh dunia. Dengan Android, pengguna smartphone berbajet rendah mampu merasai keseronokan memiliki smartphone sendiri berbanding memliki iPhone yang sememangnya ditawarkan pada harga paras tinggi.
Paten dilihat sebagai satu-satunya cara sah di sisi undang-undang untuk Apple mendominasi pasaran telefon pintar pengguna di seluruh dunia. Syarikat lain bagaii tidak ada kuasa untuk menandingi Apple. Paten dilihat strategi Apple untuk ‘membunuh’ Android.
Jika tidak ada smartphone Android, apa akan jadi? Kita semua guna Windows Phone?
Andaikata Apple saman Windows Phone sebab tiru paten iOS pada iPhone, apa pula yang akan jadi? Satu-satunya smartphone yang akan wujud di dunia satu masa nanti hanyaah cuma iPhone (…dan BlackBerry..mungkin, jika terselamat).
Dalam usaha untuk menawarkan lebih banyak info berkenaan seseorang yang terkenal ataupun selebriti dan juga artis, kini Facebook mula memperkenalkan beberapa perubahan pada halaman profil umum.
Daripada apa yang kelihatan, Facebook menarik informasi daripada beberapa laman utama, termasuk WikiPedia dan juga Freebase dalam memaparkan maklumat yang berguna, disamping pada masa yang sama mengintegrasikan elemen sosial, seperti melihat gambar dari rakan-rakan mengenai seseorang, ataupun siapakah rakan-rakan anda yang “Like” akan halaman tersebut.
Buat masa ini, daripada apa yang kami lihat, perubahan ini diperkenalkan pada Community Page, dan bukannya halaman yang diuruskan oleh perseorangan.
Google sepanjang tahun ini telah membawa pelbagai perubahan dan penambahan pada produk-produk mereka, disamping hadir dengan beberapa inovasi, dan salah satunya adalah Project Glass. Pada masa yang sama juga, Google mematikan beberapa sokongan dan memfokuskan kepada teknologi terbuka.
Project Glass
Pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi bualan ramai adalah Google Glass, yang mana membawakan teknologi Augmented Reality dan mudah-alih setapak lagi ke hadapan dengan mengintegrasikannya pada kaca mata pintar.
Google turut sama telah mendemonstrasikannya pada Google I/O yang diadakan pada pertengahan tahun, selain berkongsi yang mana ia akan mula dijual kepada umum berkemungkinan seawal 2014 kelak.
Google+ Terus Berkembang
Laman sosial daripada Google terus berkembang dengan positif sepanjang tahun ini, dimana Google sendiri baru-baru ini berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih kurang 500 juta pengguna pada platform mereka.
Di Malaysia sendiri, sokongan Hangout yang terdapat pada Google+ dipergunakan dengan meluas, dimana turut digunakan oleh pemimpin politik, termasuk Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak dalam berhubung dan berkomunikasi dengan rakyat.
Android Menjadi Lebih Popular
Android – platform mudah-alih daripada Google terus berkembang dengan pesat pada tahun ini. Peranti yang menggunakannya sahaja terdapat dalam pelbagai variasi membolehkan para pengguna seluruh dunia mendapatkannya dengan mudah, mengikut pilihan mereka.
Namun, seperti biasa, ia membawa kepada masalah yang lain, dimana kemaskini kepada platform baru adalah agak lambat, malah tidak disokong oleh beberapa pengeluar.
Versi terbaru Android yang dikeluarkan oleh Google adalah Android 4.2 Jelly Bean, yang mana membawakan beberapa fungsi baru padanya.
Google Now
Ketika pengenalan Android 4.1 Jelly Bean pada pertengahan tahun, salah satu fungsi yang menarik minat ramai pengguna adalah Google Now.
Google Now membawakan fungsi bantuan pintar kepada para pengguna Android, mencadangkan pelbagai perkara berguna ketika bergerak dan mengikut masa setiap hari.
Disamping itu, Google turut memperkenalkan sokongan carian suara yang interaktif kepada pelbagai platform, termasuk pada Android dan juga iOS.
Lebih Banyak Peranti Nexus Diperkenalkan
Seperti semua sedia maklum, Nexus merupakan peranti rasmi untuk Android daripada Google dan beberapa rakan kerjasama mereka. Pada tahun ini, salah satu peranti popular adalah Nexus 7 – tablet daripada Asus yang dijual pada harga sekitar RM899 di Malaysia. Disamping itu, Google juga mengumumkan beberapa peranti Nexus yang lain, termasuk Nexus 4 – telefon pintar daripada LG dan juga Nexus 10 – tablet bersaiz 10-inci daripada Samsung.
Disamping peranti-peranti popular, Google turut menguji peranti prototaip dinamakan sebagai Nexus Q, yang mana berfungsi sebagai medium untuk memainkan media di antara telefon pintar dan beberapa peranti yang lain.
Pengenalan Google Maps Trafik & Transit Di Malaysia
Sokongan Google Maps Trafik dan Transit bukanlah sesuatu yang baru, tetapi pada tahun ini, secara rasminya, sokongan tersebut diperkenalkan untuk para pengguna tempatan, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai data dan kemaskini semasa dengan mudah. Buat masa ini, di Malaysia, ia hanya disokong di Lembah Klang, Melaka, Ipoh dan juga Pulau Pinang sahaja.
YouTube Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi
YouTube bukanlah sesuatu laman yang baru. Pada tahun ini, Google Malaysia secara rasminya melancarkan YouTube Malaysia, dimana selain menawarkan laman video terkemuka itu dalam pilihan bahasa Malaysia, ia juga kini memaparkan kandungan yang dibuat orang tempatan pada halaman utamanya. Bagi para penerbit kandungan tempatan, Google Malaysia turut memperkenalkan sokongan YouTube Partner Program, membolehkan sesiapa sahaja yang memuat-naik kandungan ke YouTube menjana pendapatan melaluinya.
Lebih Banyak Doodle Interaktif
Pada enjin carian utama Google, salah satu perkara yang menarik adalah penggunaan Doodle. Pada tahun ini, Google hadir dengan pelbagai bentuk Doodle yang menarik, daripada yang boleh memainkan lagu, sehingga yang membawakan permainan ringkas bersempena dengan Sukan Olimpik. Google untuk Hari Merdeka juga turut disediakan khas oleh Google.
Disamping pelbagai perkara baru, Google juga mematikan beberapa produk mereka, dan salah satu sokongan yang dimatikan mereka adalah sokongan ActiveSync, menjadikan pengguna beberapa platform lain hanya dapat mengakses perkhidmatan Google secara terhad. Untuk mengantikannya, Google mengalakkan pengguna menggunakan sokongan CardDAV dan lain-lain.
Chrome OS dan pelayar web Chrome terus berkembang dengan positif, dimana Chrome WebStore turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia, membawakan lebih banyak aplikasi yang memfokuskan pengguna tempatan.
Beberapa pekerja utama Google juga turut meninggalkan syarikat dengan menyertai syarikat lain, mahupun hadir dengan beberapa projek yang baru. Google juga dalam memperluaskan perkhidmatan mereka dan pada masa yang sama membantu negara membangun, telah mengumumkan yang mana mereka akan memfokuskan pasaran tersebut pada tahun-tahun akan datang melalui beberapa produk, dan salah satunya adalah Google FreeZone.
Jadi, apakah yang dinantikan anda daripada Google untuk tahun hadapan?
Peranti pelbagai saiz dan harga daripada Samsung bukanlah sesuatu yang baru. Selepas tahun ini melancarkan Galaxy Note 10.1, kini dilaporkan Samsung bakal hadir dengan Galaxy Note 7.
Seperti pada namanya, ia dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 7-inci. Perkara ini dispekulasikan berdasarkan kepada saiz resolusi 1280×800 pixel.
Daripada apa yang dilihat di GLBenchMark, ia kelihatan menjalankan Android 4.1.2 dan seperti biasa, mungkin Samsung akan mengemaskini ia kepada Android 4.2 Jelly Bean kelak.
Mungkin kita akan melihat pengumumannya pada CES 2013 pada Januari ataupun MWC pada bulan Februari kelak. Sama-sama kita nantikannya.
Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula daripada 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 kelak.
Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia.
Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia dikatakan akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk mendapatkan telefon pintar daripadanya.
Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ.
Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh para pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah;
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.
Lebih maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.