KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday, 31 December 2012

Virus Trojan Android Menyamar Sebagai Ikon Google Play, Menghantar Mesej SPAM Menjangkiti Peranti

Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti Android milik anda –  iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk...

Jumlah Laman Web Di Internet Pada Hujung 2012 – Google, Bing, Yahoo Mempunyai Statistik Berbeza

Sehingga ke 29 Disember 2012, jumlah kesemua laman web yang ada di indeks dalam internet adalah sebanyak 13.96 billion. Dalam tempoh tiga bulan lalu yakni dari Oktober hingga Disember 2012, enjin-enjin carian dominan telah mengindeks lebih dari 40-47 billion laman web. Statistik dari Google menyatakan bahawa internet kini memiliki 45 billion laman web. Bing menyatakan internet kini memiliki 11.5 billion laman web, Yahoo pula menyatakan internet kini mempunyai 9.5 billion laman web untuk tempoh hingga ke akhir tahun 2012. Kenapa...

Telefon Pintar Beri Impak Buruk Kepada Pemain Mp3 Hingga Mengakibatkan Harganya Menurun

Satu masa nanti, pemain mp3 tidak akan ada orang yang mahu beli sebab telefon pintar sudah boleh diguna untuk memainkan lagu-lagu mp3 sepertimana memasangnya di mp3 player. Kebanyakan smartphone sama ada dalam kelas biasa atau kelas berspesifikasi pertengahan sudah dilengkapi dengan fungsi pemain mp3 bahkan memiliki jumlah memori dalaman yang agak besar bermula dari 8GB hingga 64GB – contoh terbaik adalah iPhone 5, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy S2 dan Sony Xperia 2. Itu baru smartphone, belum termasuk pemain...

Sunday, 30 December 2012

Kanak-kanak 11 Tahun Membina Komputer Desktop Miliknya Sendiri Secara Berdikari

Biasanya kanak-kanak berumur 11 tahun suka bermain PlayStation, bermain games di tablet atau di komputer biasa tapi jarang kita dengar kanak-kanak pandai membina gaming desktop pc sendiri secara berdikari tanpa panduan orang dewasa. Tapi kanak-kanak yang satu ini amat genius kerana dia membina komputer miliknya sendiri bermula dari asas. Sajid Khan, kanak-kanak berumur 11 tahun yang saya maksudkan itu mengambil keputusan membina komputernya sendiri simply sebab komputer lamanya sudah jadi agak perlahan untuk memainkan apa jua games yang...

Samsung Mengumumkan Pembinaan Bangunan Baru 10 Tingkat Di Tengah Lembah Silikon

Samsung Semiconductor Inc. mengumumkan perancangan bakal membina bangunan baharu mereka berkeluasan 1.1 juta kaki persegi terletak di San Jose. Kawasan yang bakal dijadikan tapak untuk bangunan baru Samsung itu terletak di tengah-tengah Silicon Valley. Ini bukan bangunan sembarangan kerana apabila siap nanti, ia akan menjadi bangunan setinggi 10 tingkat lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta dan segala kelengkapan asas. Samsung Information Systems America Inc. (SISA) akan memindahkan operasi pejabat pusatnya ke bangunan baru...

Planet Pertama Berpenduduk Seperti Bumi Mungkin Ditemui Pada 2013?

Semua sedia maklum yang mana terdapat planet lain dalam alam semesta ini, namun sehingga hari ini, masih tiada planet dengan penduduk seumpama di Bumi yang ditemui. Perkara ini dijangka akan berubah pada tahun hadapan. Mengikut kajian beberapa saintis, mereka berkongsi akan, mengatakan yang mana pada tahun 2013 kelak, planet pertama dengan makhluk didalamnya mungkin akan ditemui. Melalui laman Space.com, ia dikongsikan mengatakan terdapat lebih 200 bilion bintang di angkasa yang mengehoskan lebih kurang 50 bilion planet....

AndaTube Membolehkan Pengguna Menonton Dan Memuat-Turun Video YouTube Pada Windows 8

Terdapat beberapa aplikasi untuk Windows 8 yang menawarkan memainkan video terus daripada YouTube, dan salah satu yang terkini dengan beberapa fungsi menarik adalah aplikasi AndaTube. AndaTube ini lebih kepada membolehkan pengguna mendengar lagu daripada YouTube dengan mudah pada komputer mereka, selain membolehkan pengguna memuat-turun video untuk koleksi sebagai tontonan di luar talian internet dengan mudah. AndaTube juga mengintegrasikan sesuatu video yang dimainkan terus ke pemain lagu, sekaligus membolehkan pengguna terus mendengarnya...

Saturday, 29 December 2012

Komputer ROG Tytan CG8890 Gaming Desktop Baru Diperkenalkan Asus Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dan Bukaan Chasis Automatik

Asus memperkenalkan ROG Tytan CG8890, gaming desktop pc model baru daripada mereka. Harga ROG Tytan CG8890 di Malaysia adalah RM15,999 berdasarkan informasi dari Asus Republic Of Gamers Malaysia. Jangan pandang rendah kepada peranti ini – ia bagaikan sebuah Ferrari dalam arena permainan komputer. Kekotak CPU milik ROG Tytan CG8890 menggunakan cip pemproses Intel Core i7-3960X Extereme berciri 6 teras, kad grafik Nvidia GeForce GTX690 4GB, memiliki RAM asas 4GB yang boleh di tambah naik sehingga ke had maksima 16GB, memiliki pemacu cakera...

AMD Bakal Menggugurkan Jenama Vision Dari Produk Grafik Juga Produk Perkomputeran

Selain Nvidia dan Samsung, AMD merupakan syarikat pembuat cip pemproses komputer yang merupakan pesaing hebat Intel. Namun tidak lama lagi AMD bakal menurunkan jenama Vision dari kebanyakan produk grafik dan produk cip pemposesan seperti Vision E1, Vision E2, Vision A4, Vision A6 dan Vision A8  - ini memberi petanda AMD bakal muncul dengan jenama cip pemproses baharu. Selain itu, AMD bakal membuang jenama Vision dari produk-produk perkomputerannya pada masa akan datang. Ini bukanlah perkara baru, pada beberapa tahun lalu AMD telah...

Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Dengan Sokongan Paparan 1080p Pada CES 2013?

Pelbagai desas-desus berkenaan dengan peranti terbaru Sony, iaitu “Sony Yuga” telah pun kedengaran untuk sekian lama, dan kini dilaporkan, Sony sedang dalam persiapan untuk mengumumkannya pada CES 2013 kelak. Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan, berkemungkinan “Sony Yuga” ini akan dikenali sebagai “Xperia Z” dan didatangkan dengan skrin bersaiz 5-inci dan paparan 1080p padanya, selain dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras. Dengan spesifikasi tinggi ini, boleh dikatakan ia akan menjadi peranti berspesifikasi tinggi daripada...

Gambar Huawei Ascend Mate Bersaiz 6.1-inci Dirakamkan Dengan Lebih Dekat

Peranti bersaiz 6.1-inci daripada Huawei merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, berkemungkinan kerana saiz peranti dan spesifikasi yang dibawakan. Beberapa gambar telah diperlihatkan sebelum ini, dan kini MyDrivers berkongsi akan gambar yang lebih jelas, disamping dirakamkan bersebelahan dengan sebuah peranti baru berwarna putih yang dikatakan sebagai Huawei Ascend D2. Huawei Ascend Mate ini dikatakan akan diperlihatkan pada CES 2013 dalam masa dua minggu lagi, membawakan cip pemprosesan...

Microsoft Sepanjang Tahun 2012

Sama seperti Apple dan Google, gergasi dunia perkomputeran, Microsoft turut hadir dengan pelbagai perkara baru sepanjang tahun 2012 ini, disamping pada masa yang sama melihat beberapa orang kuat meninggalkan syarikat gergasi tersebut. Windows 8 Bercakap mengenai tahun 2012, semestinya salah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan adalah Windows 8, iaitu sistem operasi terbaru daripada Microsoft yang mana bukan sahaja dioptimasikan untuk skrin sentuh, tetapi turut sama sesuai untuk digunakan pada komputer sedia ada dan dikawal menggunakan...

Gambar Rekabentuk Konsep Untuk Tablet Dan Komputer Apple Pada 80-an Diperlihatkan

Rekabentuk peranti Apple sering dipuji ramai disebabkan beberapa ciri-ciri astetik padanya, dan semestinya ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah rekabentuk konsep untuk peranti Apple ketika permulaan dulu. Pada sekitar 80-an, Apple bekerjasama dengan Frogdesign dalam merekabentuk beberapa perkara, dan kini, pengasas Frogdesign- Hartmut Esslinger, melalui buku terbaru beliau, Design Forward berkongsi beberapa rekabentuk konsep awal untuk Apple, terdiri...

Google Berkongsi Senarai Aplikasi Android Terbaik Sepanjang 2012

Dengan lebih 750,000 aplikasi yang dikatakan terdapat pada platform Android, semestinya ia agak sukar untuk mencari aplikasi terbaik dan popular yang digunakan ramai. Untuk memudahkannya, kini melalui halaman di Google Play, pihak Google sendiri mengeluarkan senarai aplikasi terbaik untuk Android sepanjang 2012. Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Google, Evernote menduduki tangga pertama, dimana melaluinya, ia membolehkan untuk menyimpan nota berbentuk teks, mahupun nota interaktif termasuk gambar, audio dan sebagainya. Terdapat pada...

Samsung Teruskan Usaha Pembangunan Cip Pemproses Berskala 14 Nano Meter

Cip pemproses masa kini sudah semakin maju. Peranti mudah alih semakin bertindak menyamai komputer. Tidak lama lagi pasti kita akan memiliki komputer riba pada saiz 5 inci sahaja. Samsung mengumumkan keputusan mahu meneruskan usaha membangunkan cip pemproses berskala 14nm (nano meter) hasil kerjasama ARM – ini merupakan spesifikasi cip pemproses jauh lebih bagus dari spesifikasi cip pemproses masa kini biasanya dibina pada skala 22 nano meter sahaja, banyak ditemui pada smartphone, tablet, komputer meja, komputer mudah alih juga peranti...

Presiden Pemasaran Eksekutif Samsung Kini Bertugas Di Motorola Mobility

Samsung selalu menyajikan kita dengan iklan-iklan tertentu dicipta seakan ‘menjolok’ Apple dengan slogan tertentu misalnya “The Next Big Thing”. Dalam iklan Galaxy S3, Samsung memperli ratusan peminat Apple yang setia beratur panjang berjam-jam lamanya menunggu ketibaan iPhone 5. Tiada siapa tahu idea untuk strategi pengiklanan ‘berani’ sebegitu datang dari seorang lelaki – Brian Wallace. Beliau merupakan Presiden Pemasaran Eksekutif di Samsung Amerika. Kini, Google berjaya menarik masuk Brian Wallace ke Motorola Mobility...

Friday, 28 December 2012

Facebook Bakal Menggunakan Iklan Berbentuk Video Pada Tahun 2013 Kelak

Facebook bakal memperkenalkan video iklan menjelang tahun 2013 dipanggil sebagai Sponsored Video. Bila akan dimulakan dan berapa lama durasi video tersebut masih dirahsiakan sekarang ini. Namun yang pasti Facebook bakal mengimplementasi video dalam bentuk auto play saat anda mula masuk ke akaun Facebook milik anda. Oleh kerana video tersebut dimainkan secara automatik saat anda baru saja masuk ke Facebook, kesannya anda akan berhenti dulu dari membuat perkara lain kemudian menumpu perhatian seketika kepada video itu – kerana...

Jurutera Toshiba Mencipta Robot Quadruped Untuk Misi Menyelamat Mangsa Di Pusat Janakuasa Nuklear

Jurutera robotik Toshiba telah berjaya mencipta sebuah robot berkaki empat (quadruped) sebagai pengesan dalam misi mencari dan menyelamat jika berlaku letupan berbahaya di pusat janakuasa nuklear. Robot Toshiba ini tidak diberikan apa-apa nama untuknya – yang mengagumkan ia boleh berjalan lurus, berpusing 360 darjah, menaiki tangga dan berjalan melepasi halangan di permukaan lantai. Keempat-empat kakinya bergerak lancar menggunakan tindak balas hidraulik serta memiliki berbagai sensor bagi memudahkannya meneliti kawasan sekitar. Bahagian...

Kodak Setuju Jual Paten Fotografi Pada Nilai $525 Juta Dolar Selepas Mengisytihar Muflis

Kodak, jenama gah dalam fotografi satu ketika dulu sudah jatuh bankrup kesan dari meningkatnya aktiviti fotografi di peranti mudah alih yang semakin popular ditambah lagi dengan populariti Instagram. Oleh kerana itu, segala aset, paten intelek, produk dan teknologi milik Kodak bakal dijual kepada pihak lain termasuklah teknologi yang dipelopori Kodak dalam industri fotografi. Apple, Google dan Research In Motion sedang dalam proses membeli paten milik Kodak, akhirnya paten tersebut bakal dijual pada harga $525 juta Dolar Amerika sepertimana...

Sega Melancarkan Sonic Jump Untuk Peranti Android, Permainan Menyerupai Doodle Jump Di iOS

Sega melancarkan Sonic Jump pada 21 Disember 2012, ini merupakan permainan baru dari Sega dengan 48 level. Cara memainkannya menyerupai Doodle Jump yang popular di peranti iOS. Dalam permainan ini, Sonic The Hedgehog akan melompat ke atas, mengumpul mata dan melepasi berbagai halangan sukar. Pemain dengan mata tertinggi yang berjaya dikumpul akan memenangi permainan. Sonic Jump cuma dapat dimainkan secara menegak sahaja apabila anda bermain di tablet Android ataupun di smartphone Android. Yang bestnya anda boleh bermain...

Kemaskini Windows Phone 7.8 Bakal Diterima Peranti Lama Samsung Menjelang Awal Tahun 2013

Samsung bakal mengeluarkan kemaskini Windows Phone 7.8 khusus untuk model lama peranti Windows Phone mereka yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.0 hingga Windows Phone 7.5 seperti Omnia 7, Omnia W, Omnia II, Omnia i900. Walau begitu, Samsung tidak memberitahu dengan jelas bilakah tarikh kemaskini tersebut bakal mereka keluarkan. Microsoft selaku pembuat Windows Phone memberitahu bahawa kemaskini naik taraf ke Windows Phone 7.8 bakal dikeluarkan pada awal tahun 2013 antara bulan Januari-Mac. Maka, dari situ peranti-peranti Samsung...

1 Juta Aplikasi iOS Telah Dihantar Ke iTunes Sejak 2008, Sebanyak 736,247 Aplikasi Sudah Terhimpun Hingga Oktober 2012

Sebanyak satu juta aplikasi telah dihantar ke iTunes App Store untuk kelulusan dari pihak Apple sejak tahun 2008 lagi. Daripada sejumlah satu juta aplikasi yang dihantar itu, sebanyak 493,289 aplikasi merupakan aplikasi berbayar, 158,848 buah aplikasi merupakan aplikasi permainan (berbayar dan percuma). Sejumlah 736,247 buah aplikasi merupakan aplikasi aktif yang sedia untuk di download bila-bila masa – inilah jumlah aplikasi dalam iTunes App Store setakat Oktober 2012 saat iPad Mini dan iPad 4 dilancarkan oleh Apple. iTunes kini memiliki jumlah...

Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu

Maghfirah Smart Pen adalah pen pintar sebagai alat bantu mengaji khusus untuk Anda jika bertekad mahu belajar bagaimana untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul dan lantunan suara yang lancar. Maghfirah Smart Pen mempunyai skrin berwarna dalam ukuran 2.8 inci, terdapat fungsiloud speaker untuk Anda dengari bacaan ayat-ayat Al-Quran. Cara menggunakannya – letakkan hujung Maghfrah Smart Pen pada mana-mana ayat Al-Quran kemudian tunggu lantunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dikeluarkan oleh gajet ini. Fungsi terjemahan...

LG Bakal Menampilkan Dua Model Baru Google TV Menjelang CES 2013

Google TV tidaklah popular sangat di Malaysia tapi amat popular di luar negara. Untuk tahun 2013 nanti, LG bakal memperkenalkan model Google TV terbaru keluaran mereka. Kedua-dua model Google TV tersebut adalah GA7900 dan GA6400 – kedua-duanya bakal ditampilkan dalam Consumer Electronic Show (CES 2013) pada 8-11 Januari 2013 kelak, harga kedua-dua model tidak didedahkan. Untuk menggunakan Google TV, anda perlu sambungkannya dengan talian internet sepanjang masa sebab kandungan Google TV kebayakannya bersumber program penstriman...

Microsoft Melancarkan Wordament, Permainan Untuk Peranti iOS Dengan Skor Pencapaian Xbox

Microsoft memperkenalkan Wordament, sebuah aplikasi permainan berasaskan pencarian perkataan khusus untuk peranti-peranti iOS (iPad, iPhone, iPod Touch) yang menggunakan iOS versi 4.3 dan ke atas. Wordament adalah permainan pertama dicipta oleh Microsoft untuk produk mudah alih Apple. Misi utama permainan ini adalah untuk mencari berbagai perkataan sebanyak mungkin dalam masa 2 minit. Saat memainkan Wordament, anda akan bersaing dengan pemain-pemain lain dari seluruh dunia secara online. Setelah Wordament di install dalam peranti iOS, anda...

NASA Keluarkan eBook Interaktif Untuk iPad, Mengandungi Gambar Penemuan Teleskop Hubble

NASA dikaitkan dengan penerokaan ruang angkasa manakala Hubble pula merupakan teleskop paling berkuasa pernah dicipta manusia semata-mata untuk aktiviti penerokaan angkasa lepas. Kini pihak NASA berkongsi rahsia penemuan mereka dengan anda melalui eBook interaktif diberi tajuk Hubble Space Telescope: Discoveries – sedia untuk anda download dari iTunes, khusus untuk iPad yang menggunakan iOS 5.1 dan ke atas. Anda boleh membaca eBook NASA melalui iBook versi 3.0 dan ke atas. Namun, masa untuk memuat turun eBook NASA ke iPad jadi...

Sony Dedahkan Jadual Pengeluaran Kemaskini Android 4.1 Untuk Peranti Xperia Menjelang Awal Februari 2013

Sony bakal mengeluarkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean ke peranti-peranti Android di bawah jenama Xperia menjelang awal tahun 2013 kelak. Telefon pintar Xperia T, Xperia TX dan Xperia V akan menerima kemaskini tersebut antara Februari hingga Mac 2012 manakala telefon Xperia P, Xperia J dan Xperia Go dijadualkan untuk menerima kemaskini android 4.1 menjelang akhir Mac hingga pertengahan April. Apabila tiba penghujung bulan April nanti, Xperia S, Xperia SL, Xperia Ion dan Xperia Acro S akan menerima kemaskini tersebut. Kemaskini Android 4.0...

Apple Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar?

Terdapat beberapa jam tangan pintar di pasaran pada hari ini, yang mana menghubungkan pengguna dengan telefon pintar mereka, membolehkan mereka mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah. Melalui ura-ura terkini, ia kelihatan Apple turut sama akan menyertai industri ini tidak lama lagi. Mengikut ura-ura yang kedengaran hari ini, ia dikatakan Apple dalam proses membangunkan telefon pintar mereka yang akan boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti Apple melalui sokongan Bluetooth. Daripada apa yang dikongsikan, Apple dikatakan bekerjasama dengan...

Ragnarok 2 Sedia Dimainkan Semua Melalui Beta Terbuka

Setelah menguji untuk beberapa hari dalam bentuk beta tertutup tidak lama sebelum ini, kini nampaknya pihak penyedia pelayan tempatan telah bersedia, dan kini membuka Ragnarok Online 2 kepada umum dalam bentuk beta terbuka. Buat masa ini, ketika artikel ini ditulis, pelayan mereka ditutup sementara disebabkan penerimaan trafik dan penyertaan pemain yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, ia mungkin akan kembali seperti biasa tidak lama lagi, dan sementara menantikannya, para pengguna boleh memuat-turun klien permainannya, secara percuma daripada pelbagai pautan rasmi mereka. Ragnarok Online...

Thursday, 27 December 2012

Ketahui Istilah Umum Internet & Bagaimanakah Internet Berfungsi?

Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal. IP – Internet Protocol IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita....

Nexus 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Januari – Berharga RM1599 Untuk 16GB?

Pelancaran peranti Nexus 4 adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai. Ketika kami hubungi pihak LG, mereka mengatakan ia akan hadir pada bulan Januari, dan kini, stringfellowmelalui forum Lowyat, berkongsi beberapa info berkenaan dengannya. Daripada apa yang dikongsikan, LG Nexus 4 dikatakan akan dilaporkan seawal 7 atau 8 Januari 2013 kelak, dan akan ditawarkan pada harga RM1599 untuk versi 16GB. Beliau turut berkongsi akan gambar daripada kedai Hotspot yang telah mula akan pra-tempahan untuknya. Turut dikongsikan adalah dikatakan...

Pengguna Boleh Membuat Laporan Polis Melalui Portal Internet Khas Pada Tahun Hadapan

Pada hari ini, untuk membuat laporan polis agak memakan masa disebabkan keperluan pengguna untuk hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan dan sebagainya. Namun, segalanya akan berubah pada tahun hadapan. Menurut PDRM, mereka kini dalam peringkat akhir persediaan untuk memperkenalkan portal laporan atas-talian, sekaligus memudahkan para pengguna seluruh Malaysia dengan mudah dan pantas membuat laporan kepada pihak polis dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Daripada apa yang dikongsikan, portal tersebut sedang dibangunkan oleh MAMPU...

Apple Boleh Bunuh Masa Depan Android Juga Masa Depan Telefon Pintar

Apple mahu mendominasi pasaran smartphone dengan ‘membunuh’ potensi Android untuk berkembang maju dengan lebih pesat. Apple ada harapan untuk menang kerana Apple terlebih dahulu telah mempatenkan fungsi multi touch (U.S. Patent No. 7,479,949) dan mana-mana pengeluar smartphone yang Apple lihat menampilkan fungsi itu pada telefon keluara mereka tanpa kebenaran Apple terlebih dahulu, maknanya pengeluar tersebut didapati meniru paten Apple lalu mereka boleh disaman atas dakwaan peniruan hak cipta. Inilah yang berlaku kepada smartphone...

Facebook Menguji Paparan Khas Untuk Profil Selebriti Dan Orang Terkenal

Dalam usaha untuk menawarkan lebih banyak info berkenaan seseorang yang terkenal ataupun selebriti dan juga artis, kini Facebook mula memperkenalkan beberapa perubahan pada halaman profil umum. Daripada apa yang kelihatan, Facebook menarik informasi daripada beberapa laman utama, termasuk WikiPedia dan juga Freebase dalam memaparkan maklumat yang berguna, disamping pada masa yang sama mengintegrasikan elemen sosial, seperti melihat gambar dari rakan-rakan mengenai seseorang, ataupun siapakah rakan-rakan anda yang “Like” akan halaman tersebut. Buat...

Google Sepanjang Tahun 2012

Google sepanjang tahun ini telah membawa pelbagai perubahan dan penambahan pada produk-produk mereka, disamping hadir dengan beberapa inovasi, dan salah satunya adalah Project Glass. Pada masa yang sama juga, Google mematikan beberapa sokongan dan memfokuskan kepada teknologi terbuka. Project Glass Pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi bualan ramai adalah Google Glass, yang mana membawakan teknologi Augmented Reality dan mudah-alih setapak lagi ke hadapan dengan mengintegrasikannya pada kaca mata pintar. Google turut sama telah...

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News