KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday, 24 June 2012

Mahal Sangatkah USD 0.99 Untuk Pembelian Aplikasi Mudah-Alih?



Bermula tahun lepas, banyak pembangun-pembangun aplikasi dari Malaysia muncul dengan aplikasi yang menarik untuk peranti mudah alih anda. Malahan MSC Malaysia juga telah memainkan peranan yang aktif dengan kewujudan program ICON 2 yang membantu pembangun untuk membangunkan aplikasi yang mempunyai kandungan tempatan. Kewujudan banyak aplikasi sebegini semestinya memeriahkan pasaran kandungan tempatan dan sekaligus menaikkan martabat para pembangun ke taraf antarabangsa.

Walaubagaimanapun disebalik kemeriahan atas kewujudan banyak aplikasi tersebut, wujud satu sindrom dikalangan umum yang rata-rata mahukan kebanyakan aplikasi ini secara percuma. Sekiranya aplikasi tersebut merupakan aplikasi berbayar, ramai yang mahu memanipulasi peranti mereka supaya penggunaan perisian cetak rompak boleh beroperasi. Tidak kurang juga pengguna yang menempelak apabila pembangun aplikasi hanya membangunkan aplikasi tersebut untuk platform iOS berbanding platform Android.
Kenapa iOS menjadi pilihan pembangun ?

Terdapat banyak faktor pembangun memilih untu membangunkan aplikasi untuk iOS. Dari segi teknikal, membangunkan untuk iOS mudah kerana tiada isu perbezaan spesifikasi antara peranti, paparan yang sama saiznya (kecuali faktor Retina Display) malahan aplikasi untuk iPhone boleh digunakan pada iPad.

Dari segi keuntungan pula, iOS menjadi pilihan utama kerana ramai pelanggan berbayar yang menggunakan kad kredit. Kebanyakan pengguna iOS perlu mendaftarkan akaun mereka beserta kad kredit. Bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit, kad debit juga boleh digunakan (seperti Kad Debit Maybank Visa yang mempunyai gambar buah ceri). Perkara sebegini memudahkan proses pembelian aplikasi. Meskipun pembahagian keuntungan sebanyak 30% akan diberikan kepada Apple, perkara ini bukanlah satu isu yang besar memandangkan Apple mempunyai 400 juta pengguna berbayar yang boleh membeli aplikasi dengan satu klik.

Malahan, ramai pembangun mempunyai pendapat sekiranya ingin mencari keuntungan, gunakan iOS, dan sekiranya ingin mencari populariti, gunakan Android. Keuntungan melalui aplikasi yang dibangunkan untuk peranti Android adalah berdasarkan kaedah pengiklanan.
Kaedah pengiklanan pada aplikasi – Adakah ianya memberi pulangan yang lumayan?

Banyak aplikasi yang percuma yang akan memaparkan iklan pada aplikasi mereka. Pengiklanan disini merupakan satu cara untuk pembangun memperoleh keuntungan dari penggunaan aplikasi tersebut. Statistik klik dan kuantiti iklan terpapar menjadi paras ukuran keuntungan iklan tersebut.

Kaedah pengiklanan mungkin memberi manfaat sekiranya pembangun memasarkan aplikasi mereka di negara yang mempunyai ramai pengguna peranti tersebut seperti Indonesia dan Amerika Syarikat. Cabaran yang dihadapi disini adalah dari segi variasi bahasa. Terdapat juga aplikasi yang membolehkan anda membeli sekaligus, membuang iklan dari aplikasi tersebut.


Gambar : Mike Smith
Mahal sangatkah USD 0.99?

Disini saya ingin cuba berbincang, apakah nilai USD 0.99 merupakan nilai yang tinggi jika dibandingkan dengan usaha dan penat lelah para pembangun? Gambar diatas menunjukkan hampir 40% pengguna yang memuat-turun aplikasi permainan, tidak mahu berbelanja untuk permainan tersebut. Pada artikel terdahulu yang memaparkan pengguna Malaysia tidak gemar membeli aplikasi permainan mudah-alih, banyak pendapat telah diterima antaranya
Aplikasi tersebut sudah tersedia didalam peranti (kes penjual memuatkan aplikasi didalam peranti mereka sebelum pembelian).
Pengguna tempatan masih tidak aktif menggunakan kad kredit/debit dalam melaksanakan pembelian atas talian atas sebab umur
Budaya semua perkara di internet haruslah percuma tertanam pada minda pengguna secara amnya.

Sebab-musabab pertama dan kedua boleh diselesaikan dengan cara penguatkuasaan dan juga pendedahan am mengenai pembelian atas talian. Cabaran adalah kepada faktor ketiga, yang mana bukan sahaja untuk aplikasi untuk peranti mudah alih, bahkan untuk kebanyakan produk berasaskan komputer.

USD 0.99 ataupun sekiranya dibundarkan secara mudah, RM 3.00 merupakan harga yang sangat murah. Kita ambil contoh permainan Where’s My Chicken yang telah dimuatturun lebih dari 50,000 kali. Sekiranya ia didarabkan, pembangun tersebut boleh mengaut keuntungan sebanyak RM 150,000 secara kasar. Dengan wang sebanyak itu, mereka boleh membangunkan aplikasi lain sekaligus mengembangkan syarikat mereka dan boleh mengupah pembangun tambahan.

Sekiranya dengan kuantiti yang sama, 50,000 muat turun dikalikan dengan purata 10 paparan pengiklanan setiap pengguna, akan berjumlah 500,000 dan didarabkan dengan RM 10 untuk setiap CPM (cost per metric, 1 CPM = 1000) maka 500 x RM 10 hanya bernilai RM5,000. Sekiranya pembangun tersebut mahu menjana pendapatan, mereka perlu memastikan yang aplikasi mereka sentiasa dimainkan pada kadar yang sama atau perlu mempunyai aplikasi alternatif yang mampu mendapat kuantiti paparan pengiklanan yang sama.

Pada pendapat anda, cara yang manakah yang memberi pulangan buat para pembangun, yang pada masa sama, mengembangkan industri ICT di Malaysia ini? Jangan kerana berjimat RM 3, kita tidak membantu industri ICT yang sedang membangun ini.

Kami harap rencana ini sedikit sebanyak mendedahkan hakikat kepada anda kenapa pembangun memilih untuk membangunkan aplikasi untuk platform iOS atau sebab musabab pembangun mengenakan caj sebanyak RM3.00 untuk aplikasi mereka. Bayangkan syarikat yang mempunyai 3 pembangun, yang berkongsi pendapatan sebanyak RM5,000 setiap bulan.

Sokonglah para pembangun, baik buatan Malaysia atau buatan luar negara.

Apakah Benar Pengguna Tempatan Tidak Gemar Membeli Aplikasi Permainan Mudah-Alih?



Terkini, setelah mengeluarkan laporan berkenaan bilangan telefon pintar di Malaysia sebelum ini, kini Nielsen turut sama berkongsi perkara berkaitan populariti pembelian permainan mudah-alih melalui peranti pintar. Melalui apa yang dikongsikan, ia kelihatan hanya amaun kecil sahaja dihabiskan oleh pengguna Malaysia untuk permainan untuk peranti mudah-alih ini.


Gambar : Mike Smith

Dan beberapa pembangun kaitkannya dengan data yang dikeluarkan sebelum ini, yang mengatakan 78% pengguna tempatan menggunakan perisian cetak rompak. Namun, berbeza dengan mereka, kami berpendapat berbeza sedikit, dimana pengguna tempatan masih tidak aktif menggunakan pembayaran melalui kad kredit untuk pembelian atas talian.

Ia boleh dikatakan dimana pengguna tempatan lebih gemar membeli kandungan untuk peranti mudah-alih mereka menggunakan kredit prabayar atau pascabayar berbanding dengan pembelian menggunakan kad kredit. Perkara ini boleh dikaitkan dengan kejayaan permainan mudah-alih yang ditawarkan melalui dengan hanya menghantar SMS beberapa tahun sebelum ini. Malah modal tersebut turut digunakan syarikat televisyen dalam membuat permainan melalui saluran televisyen dengan mengawal watak melalui SMS. Ia boleh dikatakan salah satu perkara berjaya, malah ramai yang sanggup membeli kredit tambahan untuk prabayar mereka untuk bermain bersama yang lain.

Namun, memandangkan gergasi pengeluar peranti mudah-alih seperti Apple dan juga Google masih belum menyokong pembelian melaluinya. Nokia sebelum ini menyokong perkara tersebut melalui platform Symbian mereka, sekaligus membuat ramai pembangun Symbian dapat menjana pendapatan melaluinya. Mungkin perkara ini turut akan berubah tidak lama lagi. Jikalau tidak silap, Google sudah mula mengintegrasikan pembayaran mengikut syarikat telekomunikasi pada beberapa negara, dan mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi.

Ramai juga mengaitkan perkara ini mengenai kurangnya populariti ini adalah kerana ramai gemarkan jailbreak dan root peranti mereka. Bagi kami, ianya bukanlah suatu masalah besar, malah turut berlaku dinegara-negara yang lain. Dan daripada rakan-rakan terdekat kami, ia didapati para pembangun lebih gemarkan jailbreak peranti mereka, berbanding pengguna biasa, yang kekal menggunakan peranti iPhone dan iPad seperti biasa tanpa jailbreak. Perkara sama juga untuk Android, dimana ramai root akan peranti tersebut untuk sekadar mengubah ROM, rekabentuk dan sebagainya, dan bukannya untuk menggunakan perisian cetak rompak. Malah sekiranya mereka ingin menggunakannya, pada Android, tidak diperlukan untuk root, dan boleh digunakan terus tanpa masalah.

Pada masa yang sama, boleh dikatakan pengguna tempatan mungkin tidak gemarkan bermain permainan atas peranti mudah-alih mereka, tetapi lebih gemarkan permainan kasual pada Facebook mahupun desktop. Daripada data yang dikongsikan Nielsen sendiri memperlihatkan peratusan yang memuat-turun permainan mudah-alih adalah kurang berbanding beberapa negara lain. Malah, daripada apa yang kami lihat secara rambang, pengguna tempatan lebih gemar menggunakan aplikasi sosial pada peranti mudah-alih mereka, disamping menggunakan permainan jenis Lite pada peranti mereka, cuma untuk sekadar menghabiskan masa bosan.

Namun, kami percaya, sekiranya sesuatu aplikasi benar-benar berkualiti, dan mereka tertarik dengan sesuatu permainan, menghabiskan sebanyak $0.99 untuk menyokong pembangun tersebut bukanlah suatu masalah besar bagi para pengguna.


Lebih ramai aktif membeli aplikasi berbentuk produktif berbanding permainan di Malaysia?

Jadi, apa kata anda?

Seramai 78% Pengguna Malaysia Mengakui Menggunakan Perisian Cetak Rompak



Dalam perkembangan ICT pada masa kini, walaupun terdapat pelbagai perisian sumber terbuka dan percuma, salah satu perkara yang sukar dikawal adalah penggunaan aplikasi dan perisian cetak rompak. Melalui kajian terkini yang dilakukan oleh BSA, ia memperlihatkan seramai 78% pengguna komputer di Malaysia mengakui menggunakan perisian cetak rompak.

Angka yang dikeluarkan melalui kajian Business Software Alliance (BSA) ini boleh dikatakan sebagai salah satu angka yang besar. Dan kebanyakkan daripadanya dilaporkan adalah terdiri daripada pengguna lelaki berusia antara 18 hingga 24 tahun.

Namun, angka ini mungkin akan berkurangan dalam bulan-bulan akan datang, dengan lebih banyak aplikasi dan perisian yang mula mengintegrasikan sokongan perkomputeran awan pada perisian mereka.

Acer Aspire Timeline Ultra M5





Ultrabook terbaru Acer iaitu Aspire Timeline Ultra M5 kini sudah berada di Malaysia pada harga RM2899. Nipisnya 20mm dan berat cuma 2.3kg sahaja, bateri pula tahan sehingga 8 jam sekali cas. Lebih tepat lagi nama modelnya adalah Timeline Ultra M5-481TG. Sistem operasi adalah Windows 7 Home Premium, cip pemproses menggunakan jenama Intel Core i5 3317M berkepantasan 1.70GHz dari jenis dual core, RAM6GB, sokongan untuk kad memori Micro SD dan MMC (Multi Media Card), ruang cakera keras 128GB dari jenis Solid State Drive (SSD) manakala skrin ultrabook ini pula adalah dari jenis LED dilengkapi ciri HD (High Definition) bersaiz 14 inci. Laman web Acer Malaysia mempunyai maklumat lengkap hardware specs Aspire Timeline Ultra M5.. juga ada di sediakan gambar dari pelbagai sudut untuk Anda teliti sebelum membeli nanti. Sayangnya ultrabook ini tidak memiliki backlit keyboard. Mengenai upgrade ke Windows 8, tidak ada masalah kecuali ia tidak dapat menyokong ciri touch screen..

Era Tablet Android Kos Rendah Bermula





Era tablet Android kos rendah kini bermula di Malaysia dengan kemasukan Samsung Galaxy Tab 2 7.0yang kini cuma ditawarkan pada harga RM1299 sahaja, pasti sambutan terhadapnya amat menggalakkan. Kebanyakan pengguna tidak kisah storan dalamannya 8GB yang cuma kecil kerana masih boleh membeli storan luaran seperti pen drive atau external hard drive untuk menyimpan data lebih banyak. Apa yang mereka mahukan adalah sebuah tablet berjenama hebat yang murah dan bagus. Well, Samsung Galaxy Tab 2 7.0 memenuhi kriteria itu, sebuah kriteria yang gagal dipenuhi oleh 1Malaysia Pad kerana puluhan ribu peminat tablet di Malaysia sangsi dari mana 1Malaysia Pad berasal (ada yang kata ia adalah tablet dijenamakan semula dari tablet buatan China). Kami tidak heran jika sambutan terhadap Samsung Galaxy Tab 2 7.0 akan menjadi sehangat sambutan terhadap iPad Baharu saat mula dijual di Malaysia penghujung Mac 2012 lalu. Kami tidak heran jika Samsung bakal merajai pasaran tablet Android Malaysia.

Tablet berkos rendah merupakan strategi Samsung untuk memahat jenama mereka di hati puluhan ribu pengguna tablet, dari pengamatan kami Samsung mahu pengguna tablet di Malaysia menyarankan nama tablet mereka melalui cakapan dari mulut-mulut juga melalui perkongsian melalui laman sosial dengan mula bercakap soal harga tablet itu. Harga adalah aspek utama paling dititikberatkan saat seseorang membeli gajet elektronik, maka itulah sebabnya Samsung berani bertaruh menjual sebuah tablet berharga rendah kerana mereka boleh mendapat pulangan bukan sekadar dalam bentuk keutungan – penguasaan pasaran tablet Android di Malaysia. Sekarang ini pun jika Anda lihat hanya ada dua jenama tablet banyak digunakan oleh pengguna tablet di Malaysia iaitu Samsung Galaxy Tab dan Apple iPad walaupun tetap terdapat tablet dari jenama pengeluar lain. Kami menantikan kemunculan versi baru Kindle Fire dan kemunculan sulung tablet Google Nexus 7dikatakakan akan dijual sekitar RM600 sahaja.

Acer Beri Respon Pada Microsoft Surface





Stan Shih, pengasas Acer (wajahnya di dalam gambar di atas) memberi respon tersendiri terhadap kemunculan tablet Windows 8 pertama dari Microsoft di namakan Surface. Kata beliau, tindakanMicrosoft itu adalah sebagai pemula untuk membuat pengeluar tablet lain seperti Acer, Samsung dan Asus bertindak mengeluarkan tablet Windows 8 mereka sendiri mengikut jejak langkah Microsoft.

Kami melihat Microsoft mahu menjadi pemula, menjadi pembuka langkah supaya yang lain ikut dengannya lantas menjadikan lebih banyak model tablet Windows 8 mula muncul di pasaran sepertimana berlaku terhadap tablet Android. Fenomena tablet Android di mulakan oleh Samsung dengan memunculkan Galaxy Tab 7 generasi pertama yang dikeluarkan selepas kemunculan iPad, setelah itu Motorola, HTC, Asus, ViewSonic, Lenovo dan Toshiba galak memperkenalkan tablet Android di bawah jenama masing-masing. Kini Microsoftmahu menjadi pemula sebuah fenomena baru iaitu fenomena tablet Windows 8.

Stan Shih berkata “Microsoft hopes that marketing its own-brand tablet PCs will encourage vendors to offer Windows 8 tablet PCs and thereby help expand market demand for the product line. Once the purpose is realized, Microsoft will not offer more models.”

Walaupun Microsoft boleh menjana untung besar melalui penjualan lesen Windows 8 kepada pengguna biasa, kepada entiti perniagaan, pihak kerajaan dan perbadanan korporat namun Microsoft sanggup turun padang mempromosi tablet Windows 8 mereka sendiri untuk menggalakkan pengeluar tablet mengeluarkan tablet menyamai Surface juga untuk mencetus minat orang ramai terhadap Microsoft Surface pada peringkat awal.

Wajah tampan Surface membuat tidur kami tidak lena selagi tidak memilikinya. Kami jadi semakin teruja apabila dapat tahu Surface akan dapat di integrasikan secara terus dengan Windows Phone 8. Pemindahan fail-fail digital antara keduanya dapat dilakukan dengan lancar sekali pada masa nyata.

Samsung AppStar 2012



    

Samsung Mobile Malaysia melancarkan Samsung Appstar 2012 bertempat di Souled Out, Ampang. Kami diiAwani tidak mendapat maklumat apa sebenarnya Samsung Appstar 2012 ini – adakah ia ditujukan untuk para pembangun aplikasi (siapa dapat buat aplikasi paling hebat) atau untuk para peminat serta pengguna peranti Samsung (siapa pengguna aplikasi paling hebat). Lebih-lebih lagi kami juga tertanya App Star itu untuk pengguna telefon pintar Samsung sahajakah, untuk pengguna tablet Samsung sahaja ataupun kedua-duanya sekali? Pengumuman mengenai Samsung Appstar dikeluarkan melalui laman Facebook rasmiSamsung Mobile Malaysia. Cuma sedikti informasi di ada di situ – lebih tepat lagi hanya gambar di atas terpampang tanpa ada apa-apa penerangan jelas mengenai tujuan ia dianjurkan dan sehingga bilakah tempoh ‘hayatnya’. Kami juga tertanya sendiri adakan kempen promosi Samsung Appstar 2012 dijalankan di seluruhMalaysia ataupun cuma di Semenanjung sahaja? Apa-apapun, kami tetap menanti maklumat lebih lanjut dariSamsung Mobile Malaysia.

Thursday, 21 June 2012

BlackBerry Porsche Design P9981 Berharga RM6388 Di Malaysia



BlackBerry Porsche Design P9981 boleh dikatakan salah satu peranti keluaran RIM yang membawakan rekabentuk eksklusif. Dan hari ini, peranti tersebut telah pun dilancarkan secara rasminya di Malaysia, sekaligus turut sama membolehkan para pengguna tempatan menikmati peranti dengan ciri-ciri eksklusif tersebut.



Namun, ia tidak disasarkan kepada semua pengguna, dimana sama seperti peranti keluaran Vertu, ia disasarkan kepada para pengguna yang terlebih mampu sahaja. Peranti tersebut berharga sebanyak RM6388 di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan ciri-ciri sama seperti Blackberry Bold 9900, dimanan didatangkan bersama-sama cip pemprosesan 1.2GHz, skrin bersaiz 2.8-inci, papan kekunci fizikal QWERTY, storan terbina 8GB, slot mikro-SD, memori sebanyak 768MB RAM, kamera 5-megapixel dan dijana menggunakan BlackBerry OS 7.0.

Unit yang dibawa ke Malaysia adalah terhad, dan ia turut diperkatakan hanya Maxis akan menawarkan peranti eksklusif ini di Malaysia.

Windows Phone 8 – Kelebihan, Ciri Terbaru Padanya



Teka teki mengenai Windows Phone 8 terjawap sudah. Microsoft menganjurkan satu acara khas di namakan Windows Phone Summit pada 20 Jun 2012. Ini benar-benar kejutan dari Microsoft selepas mereka mengejutkan peminat tablet dengan memunculkan tablet Microsoft Surface yang beroperasi memggunakan Windows 8. Dalam artikel panjang ini kami akan bercerita mengenai ciri terbaru yang akan dimunculkan pada Windows Phone 8.

Majlis kecil Microsoft kali ini memfokus kepada pengenalan ciri-ciri yang terdapat pada Windows Phone 8. Khabarnya Windows Phone 8 memiliki banyak persamaan dengan Windows 8 terutama dari keupayaan multimedia, kernel dan grafik ( menyamai strategi Apple yang mengintegrasikan peranti Mac OS X dengan peranti iOS). Ini juga memudahkan pengguna kerana boleh memindah fail digital dengan pantas dari telefon pintar Windows Phone 8 ke tablet Windows 8, begitu juga sebaliknya dari tablet ke telefon pintar.



Windows Phone 8 menyokong cip pemproses berbagai teras. Dalam realiti sekarang ini kebanyakan telefon pintar prestasi tinggi di datangkan dengan cip dual core untuk prestasi lebih baik serta paparan grafik lebih tajam khas untuk memenuhi selera pengguna. Ciri visual pada Windows Phone 8 masih di kekalkan di mana paparan Metro masih menghiasi ruang depannya.

Dalam Windows Phone 8, sokongan untuk kad memori MicroSD turut di masukkan jadi pengguna boleh menambah bilangan memori tanpa had sesuai dengan kemampuan kewangan mereka. Untuk melayari internet pelayar web Internet Explorer 10 akan menjadi pelayar web rasmi (official web browser) diWindows Phone 8. Prestasi Internet Explorer 10 usah dipertikai kerana mampu mengatasi kepantasan Google Chrome versi terbaru.



Resolusi skrin pada Windows Phone 8 dicipta ke 720 piksel. Penambahan ini tidak memberi kesan kepada paparan visual mana-mana aplikasi dicipta untuk Windows Phone 7.5 sedia ada digunakan sekarang ini. Ia memuatkan resolusi untuk skrin jenis WVGA (800×480 piksel), WXGA (1280×768 piksel) dan 720 piksel (1280 x 720 piksel).

Selain itu Windows Phone 8 akan dimuatkan dengan sokongan terhadap NFC (Near Field Communication) untuk membolehkan kolaborasi pantas tanpa wayar antara mana-mana perantiWindows 8 (merangkumi tablet, desktop pc, laptop) dengan mana-mana peranti Windows Phone 8. Dengan adanya ciri NFC transaksi online menggunakan kad kredit juga dapat dilakukan pada masa nyata. Kata Microsoft, ini adalah usaha mereka untuk memulakan gaya hidup dompet digital (digital wallet).



Mengenai aplikasi peta, data peta digital dalam Windows Phone 8 akan dijana sepenuhnya oleh data dari Nokia Maps termasuklah sokongan peta versi offline (offline map support) dan fungsi pemanduan arah dari satu arah ke arah seterusnya (turn-by-turn-direction). Fungsi ini turut ada pada Apple Maps yang digunakan untuk peranti berisi iOS6. Nyatalah Windows Phone 8 dicipta untuk menyaingiAndroid serta Apple.



Windows Phone 8 turut dimuatkan dengan ciri perniagaan lebih-lebih lagi apabila bercakap mengenai soal keselamatan peribadi. Mana-mana telefon pintar berisi Windows Phone 8 akan memiliki ciri enkripsi pada datanya (menyamai ciri yang ada pada telefon pintar BlackBerry) juga dilengkapkan dengan ciri “secure boot” supaya telefon pintar Windows Phone 8 tidak mudah diceroboh melalui rangkaian (network) saat mula di hidupkan.

Walaupun Windows Phone 8 tidak banyak berubah dari segi kecantikan rupa paras tapi banyak perkara di ubah pada fungsi dalaman dan keupayaan sistem. Ini menjadikan Windows Phone 8 sebuah sistem operasi terbaik bagi memenuhi kehendak pengguna yang sentiasa mahukan sebuah peranti untuk perhubungan terbaik, pencarian maklumat terbaik, aktiviti sosial terbaik dan pengalaman hiburan peribadi terbaik. Kami di iAwani menyambut baik kemunculan Windows Phone 8 bahkan kami pasti memiliki sebuah telefon pintar Windows Phone 8 apabila sudah ada di jual satu hari nanti.

Windows Phone 8 Bukan Untuk Telefon Pintar Lama





Berita buruk jika Anda menggunakan Windows Phone 7.5 sekarang ini dan mahu upgrade ke Windows Phone 8. Terus-terang kami katakan update ke Windows Phone 8 dari telefon pintar Windows Phone 7.5 tidak ada disediakan.

Anda kena beli telefon pintar baharu memuatkan sistem operasi Windows Phone 8 barulah Anda dikira sebagai pengguna sah Windows Phone 8. Ini bukan diskriminasi terhadap pengguna. Dari perspektif perniagaan sedikit sebanyak strategi digunakan oleh Microsoft untuk memasarkan Windows Phone 8 ini menyamai strategi Apple.

Cuba lihat Apple, setiap kali versi terbaru iOS dilepaskan setiap kali itu jugalah model terbaru iPhonedikeluarkan. Pemilik iPhone model lama sebelum itu tidak ada pilihan melainkan lupakan model iPhonelama kemudian beli model iPhone baharu kecuali dalam model sama yang ditampilkan dengan sedikit pembaharuan (seperti iPhone 3G ke iPhone 3GS, iPhone 4 ke iPhone 4S).

Dari prespektif pengeluar juga strategi ini ia mengelak masalah fregmentasi dan masalah itulah yang berlaku pada Android sekarang. Masalah fragmentesi adalah masalah di mana versi yang serupa tapi fungsi berbeza mengikut citarasa pengeluar. Oleh kerana Android merupakan sistem terbuka yang boleh ditetapkan suka hati oleh mana-mana pengeluar telefon bimbit kesannya terdapat ratusan model berbeza dengan ciri berbeza, fungsi berbeza, kelebihan berbeza antara satu sama lain sedangkan setiap satu memuatkan versi Android yang sama!

Paparan Live Tiles di ruang Metro pada Windows 8 di datangkan dengan kelebihan terbaru iaitu saiznya yang boleh diubah-ubah. Sebagai contoh jika anda tidak puas hati saiz ikon Metro pada aplikasi Facebook, Anda boleh sentuh ikon itu, tekan lama-lama kemudian ubah saiznya menjadi sedikit besar dari saiz asal dengan cara tekan-tarik (drag-drop). Cara ini bagaimanapun masih belum rasmi, mungkin ia akan diperkenalkan dengan cara lain saat pelancaran rasmi Windows Phone nanti. Kami mengagak pelancaran rasmi Windows 8 versi berlesen penuh dan pelancaran rasmi Windows Phone 8 Apollo akan dijalankan serentak dalam satu majlis yang sama, pada hari yang sama di tempat sama.

Ciri Live Tiles membezakan Windows Phone dengan Android, Symbian mahupun iOS. Kami di iAwaniberharap dengan kemunculan Windows Phone 8, minat jutaan pengguna telefon bimbit terhadapnya semakin bertambah-tambah. Kami juga mengesyaki penambahbaikan pada Windows Phone 8 adalah hasil kolaborasi pasukan pembangun Windows Phone di Micorosoft dengan CEO Nokia, Stephen Elop.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News