KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 26 November 2012

Apakah Itu 4G?


4G..4G..4G.. Salah satu terma yang semakin kerap kita dengar akhir-akhir ini, apatah lagi dengan beberapa syarikat tempatan yang turut menjenamakan perkhidmatan mereka dengan menggunakan nama tersebut, seperti P1 4G dan juga Yes 4G. Tetapi, apakah sebenarnya 4G?
4G – secara asasnya merupakan singkatan bagi “4th Generation” ataupun “Generasi Ke-empat”, yang mana memperlihatkan kepada evolusi ke generasi ke-empat dalam komunikasi mudah-alih.
Daripada apa yang terdapat pada hari ini, ia diperkatakan ramai, teknologi masih tidak dapat mengecapinya, membuatkan ramai menggunakan terma LTE (Long Term Evolution), yang mana menandakan LTE sebagai permulaan pertama, dan bakal berevolusi kepada 4G dalam suatu tempoh masa.
Dari tetapan standard kelajuan oleh International Telecommunication Union, ia menetapkan 4G dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (untuk yang bergerak) dan 1 gigabit sesaat (untuk yang tidak bergerak), dan turut dipanggil sebagai aksesmobile ultra-broadband.
Dengan kadar kelajuan yang diperkatakan ini, ia semestinya berkali ganda lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G yang digunakan pada hari ini.
Kebanyakkan pengeluar peranti pada hari ini telah pun mula mengeluarkan telefon pintar, modem dan sebagainya dengan variasi sokongan LTE, membolehkan para pengguna menikmati kelajuan internet tinggi pada peranti mudah-alih mereka.
Buat masa ini, salah satu perkara yang menjadi kekurangan pada rangkaian serba baru ini adalah harga untuknya, dimana pada peringkat awal ini, ia akan berharga lebih tinggi, sekaligus menjadikan pakej yang ditawarkan berharga lebih tinggi ataupun dikenakan dengan kuota penggunaan yang amat rendah. Dan seperti biasa, semestinya pengenalan rangkaian ini akan mengambil suatu masa yang lama sebelum diperluaskan ke seluruh dunia.
Di Malaysia sendiri, kebanyakkan syarikat telekomunikasi telah memulakan langkah awal dengan memulakan penaik-tarafan kepada LTE secara berperingkat di seluruh negara. Dan dari segi kelajuan sambungan internet secara mudah-alih, ia masih diterajui oleh Yes, namun ia berharga tinggi (9sen untuk 3MB) selain hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja buat masa ini.
Mungkin kita akan dapat melihat langkah pertama untuk 4G ini dengan pengenalan rangkaian LTE oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan bermula tahun hadapan.
Rujukan dan bacaan lanjut : Wikipedia

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News