KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Wednesday 14 November 2012

Bagaimana Berkongsi Rangkaian Internet Anda Bersama Yang Lain Melalui Windows 8?

Bermula pada Windows 7, salah satu sokongan yang diintegrasikan oleh Microsoft pada sistem operasi mereka adalah kebolehan untuk berkongsi rangkaian internet bersama yang lain, dimana rakan-rakan anda boleh mengakses internet daripada komputer anda dengan berkongsi melalui WiFi.
Perkara sama turut didatangkan pada Windows 8, membolehkan anda berkongsi talian internet melalui WiFi. Untuk mula menggunakan, terlebih dahulu anda perlu menyemak sama ada komputer anda menyokong fungsi ini ataupun tidak.
Untuk menyemaknya, anda hanya perlu memulakan Command Prompt sebagai Adminstrator. Pergi ke Charm Bar, taip Command Prompt pada ruangan carian, dan klik kanan pada pilihan yang diperlihatkan, seterusnya melalui pilihan yang diperlihatkan pada bahagian bawah, klik pada “Run As Administrator”.
Seterusnya, taip netsh wlan show drivers pada Command Prompt untuk melihat ia menyokong Hosted Network ataupun sebaliknya.
Sekiranya ia menyokong, maka anda boleh ke peringkat seterusnya, dengan menamakan nama rangkaian WiFi anda serta menetapkan kata laluan untuknya.
Untuknya, taip netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NAMARANGKAIANANDA key=KATALALUANANDA pada Command Prompt yang dibuka tadi. Setelah ia ditetapkan, maka seterusnya, anda boleh memulakan rangkaian ad hoc dengan menaip netsh wlan start hostednetwork pada Command Prompt.
Seterusnya, ia akan memperlihatkan mesej mengatakan rangkaian yang di-hoskan telah pun dimulakan. Walaupun ia telah dimulakan, namun, tiada akses internet yang ditetapkan buat masa ini untuk rangkaian tersebut.
Untuk menetapkan akses internet, anda perlu ke Network Connections, dimana untuk mengaksesnya, buka CharmBar, dan taip Network Connections, seterusnya pada bahagian Setting, pilih View Network Connections.
Pelbagai sambungan rangkaian akan diperlihatkan padanya, dan anda hanya perlu memilih rangkaian internet anda yang aktif (mengikut apa yang anda gunakan, seperti WiFi, Ethernet dan sebagainya). Klik kanan pada rangkaian yang aktif tersebut, seterusnya pilih Properties.
Pada bahagian Properties, pilih tab Sharing, dan tetapkan supaya ia boleh dikongsi bersama yang lain. Pilih nama rangkaian anda yang dibuat tadi untuk tujuan perkongsian.
Anda turut sama boleh menyemak sama ada sambungan anda yang ditetapkan tadi berjaya ataupun tidak, dengan klik kanan pada sambungan yang dibuat tadi, dan pilih Properties, serta melihat alamat IP padanya. Sekiranya terdapat alamat IP padanya, maka ia memperlihatkan talian adhoc anda berjaya, dan ia sedia digunakan bersama yang lain.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News